Penulisan di bawah dipetik dari buku: Aiman, Abdul Fattah (2006) Pengubatan & Penyembuhan Menurut Wahyu NABI. Shah Alam: Pustaka Dini. Judul Asal: Asy-Syifa' Min Wahyi Khatamil Anbiya', Terjemahan: Kathur Suhardi, Pustaka As-Sabil, Jakarta.
.
Benarkah Habbatus-Sauda’ Dapat Menyembuhkan Segala Macam Penyakit?
Dr. Abdul-Jawad Ash-Shawy berkata, "Orang-orang Muslim menerima semua hadis tentang habbatus-sauda’ dengan lapang dada. Sementara ada sedikit perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai huraiannya. Di antara mereka ada yang berpendapat bahawa keumuman penyembuhan berlaku untuk segala jenis penyakit. Yang dapat difahami dan zahir hadis adalah maksudnya, bahawa di dalam habbatus-sauda’ ada penyembuhan untuk sebahagian penyakit. Pemahaman ini termasuk kategori makna umum, tapi yang dimaksudkannya adalah makna khusus.

Ulama lain menyatakan, pengertian dasarnya adalah memahami yang umum dengan makna yang umum juga, selagi di sana tidak ada pembatas atau penyerta yang kuat dan membalikkan maknanya. Kerana itulah mereka menegaskan adanya kekhususan penyembuhan yang terkandung di dalam habbatus-sauda untuk segala jenis penyakit.

Beberapa penelitian moden menegaskan bahawa immunity system (sistem kekebalan tubuh) memiliki pemberian penyembuhan yang lembut dan khusus untuk setiap penyakit, yang dapat menimpa tubuh, yang berasal dari aktifiti kekebalan tubuh yang terkandung dalam sel-sel limpa, yang berasal dari substansi yang berbeza dan adanya sel-sel pembunuh yang saling terpisah dan bersifat khusus untuk setiap penyakit. Sementara habbatus-sauda’ memiliki pengaruh yang mampu meningkatkan aktifitas dan menguatkan sistem kekebalan tubuh ini. Dengan kemungkinan yang sangat besar bahawa dalam habbatus-sauda' ada penyembuhan bagi segala penyakit, sehingga memungkinkan juga adanya pengamalan berdasarkan penafsiran umum dari zahir nash hadis.

Dalam pembahasan in kami akan mengungkapkan huraian para ulama terdahulu tentang hadis-hadis habbatus-saud’ kemudian kami sampaikan huraian sederhana tentang immunity system, disusul huraian tentang kemukjizatan ilmiah dalam hadis-hadis ini.
.
Beberapa Nash Hadis tentang Habbatus-Sauda’ dan Huraian Para Ulama
Al-Bukhary meriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu Anha, bahawa dia pernah mendengar Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
.
“Dalam habbatus-sauda' terkandung penyembuhan untuk segala penyakit, kecuali as-sam’ Aku bertanya, "Apa as-sam itu” Baginda menjawab, "Kematian.”
.
Dalam riwayat Muslim disebutkan,
"Tidak ada satu pun penyakit melainkan dalam habbatus-sauda’ terdapat penyembuhan baginya, kecuali kematian.

Aiman, Abdul Fattah (2006) Pengubatan & Penyembuhan Menurut Wahyu NABI. Shah Alam: Pustaka Dini. Judul Asal: Asy-Syifa' Min Wahyi Khatamil Anbiya'
No comments:
Post a Comment