Kuman-kuman yang sangat lembut menular kepada manusia menerusi daging binatang yang memang membawa kuman itu, saat dia memakannya. Allah telah mengharamkan makan daging binatang semacam itu, yang disebut dengan istilah al-khaba'its, dalam firman-Nya,
.
"Dan, menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk." (Al-A'raf: 157).
.
Islam mengharamkan memakan daging binatang yang sudah mati (bangkai), darah, daging babi, binatang buas, burung pemangsa dan segala binatang atau burung yang memakan makanan yang kotor-kotor. Islam juga melarang memelihara anjing dan hidup berdampingan dengannya kecuali untuk keperluan yang mendesak.
.
Pengetahuan moden telah membuktikan bahawa binatang-binatang ini dan dagingnya membentuk peluang berhimpunnya sekian banyak kuman-kuman kecil yang berbahaya bagi kehidupan manusia. Inilah rincian bahaya-bahaya itu:
.
1. Bangkai.
Bahaya bangkai bagi kehidupan manusia sudah terbukti secara ilmiah, kerana darah bangkai yang tertahan di dalam pembuluh-pembuluhnya yang bercabang-cabang dan menyebar di seluruh jaringannya, terkandung pelbagai jenis kuman, yang menyebar di dalam daging. Kerana itulah, penyembelihan merupakan satu-satunya cara yang paling ideal untuk menghilangkan bahaya ini.
.
2. Babi.
Allah befirman tentang daging babi, "Sesungguhnya ia kotor.” (Al-An'am: 145). Babi dapat menularkan sekian banyak kuman kecil yang berbahaya kepada manusia, kerana dalam babi terdapat sekian banyak penyakit epidemic, yang tidak kurang dari 450 penyakit. Dalam keadaan yang paling sederhana, ia dapat menularkan lebih dari 75 penyakit epidemic kepada manusia, selain penyakit-penyakit yang menular.
.
3. Anjing.
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menegaskan larangan hidup bersama anjing, kerana anjing merupakan binatang buas yang dapat dijinakkan, membawa sekian banyak parasit dan kuman-kuman kecil dalam jumlah yang banyak, yang dapat menimbulkan pelbagai jenis bahaya, di antaranya penyakit anjing gila, kanser dan bengek.
.
4. Bahaya binatang buas dan burung pemangsa.
Saat Perang Khaibar, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam melarang memakan segala binatang buas yang bertaring dan semua burung yang bercakar sebagai alat pemangsa. Epidemic yang dikenal dengan cacing rambut yang berbentuk spiral, menyebar di seluruh bahagian burung pemangsa. Jika manusia memakan dagingnya, maka dia akan mendapat penyakit itu.
.
5. Daging dan susu jallalah.
Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam melarang memakan daging jallalah dan meminum air susunya, kerana jallalah memakan kotoran. Padahal satu gram kotoran mengandung seratus milyar bakteria, sehingga ia menjadi gudang penyimpan bahaya.

dipetik dari buku: Aiman, Abdul Fattah (2006) Pengubatan & Penyembuhan Menurut Wahyu NABI. Shah Alam: Pustaka Dini. Judul Asal: Asy-Syifa' Min Wahyi Khatamil Anbiya', Terjemahan: Kathur Suhardi, Pustaka As-Sabil, Jakarta.
.
No comments:
Post a Comment