Saudara-saudari haruslah berhati-hati di dalam membeli madu di pasaran. Ramai penjual madu di jalanan mendakwa madu yang mereka jual adalah asli. Namun, berdasarkan pengalaman rakan-rakan dan peribadi, kebanyakan madu yang dijual di jalanan telah dicampur dengan gula merah atau gula biasa. Bagaimana untuk mengujinya? Amalan umum ialah meletakkan madu di bahagian sejuk beku peti ais anda. Sekiranya madu tersebut beku seperti air batu, ini menunjukkan terdapat campuran gula di dalam madu itu. Saya sering mencabar penjual agar membenarkan saya memulangkan kembali madu yang dibeli sekiranya tidak asli. Saya menerangkan apa yang bakal saya lakukan dan jika penjual berani untuk mengembalikan wang, maka, tahap keyakinan saya tinggi.
.
Ujian biasa tetap saya lakukan iaitu dengan meletakkan madu yang dibeli di bahagian sejuk beku peti ais. Kebanyakan madu yang dibeli gagal ujian ini. Sehinggalah seorang sahabat memperkenalkan saya kepada seorang Brader Indon. Setakat hari ini, madu yang dijual beliau adalah asli kerana pembeli-pembeli tetap beliau akan memulangkan madu jika tidak asli. Brader Indon ni pun berhati-hati di dalam urusniaga bagi menjaga imej kerana beliau menjual di dalam kuantiti yang banyak di tempat kerja saya dan kawasan sekitar.
.
.
.
Bolehkah anda berikan tempat di mana madu tersebut dijual ataupun boleh emel kepada saya swedis001@yahoo.com
ReplyDelete