Tuesday, January 27, 2009

Kehebatan dan Khasiat MADU LEBAH - Bahagian Akhir

Madu dan Diabetes
Madu justeru mampu menurunkan kadar gula di dalam darah orang yang terkena sakit gula sarah atau kencing manis atau diabetes. Beberapa bukti menguatkan bahawa di dalam madu ada unsur oksida yang menjadikan penghuraian gula di dalam darah lebih mudah, yang tidak membuat kadar gula semakin bertambah tinggi.
.
Madu kaya dengan vitamin Bl, B5 dan G, yang justeru sangat diperlukan orang yang terkena diabetes. Madu mengandung sekitar 100 unsur berbeza yang dianggap sangat penting bagi tubuh manusia, khususnya bagi orang yang terkena sakit kencing manis.
.
Manfaat madu terlihat jelas jika orang yang terkena kencing manis tidak mampu menghasilkan insulin secara sempurna dan mengalami kesukaran untuk membangkitkan sel yang memancarkan insulin dalam darah. Dalam keadaan seperti ini, cukup baginya sesudu madu untuk menambah gula di dalam darah secara cepat, sehingga dapat membangkitkan sel pankreas untuk menyemprotkan insulin. Namun orang yang terkena kencing manis harus rajin memeriksakan darahnya, sebelum dan sesudah meminum madu. Hal ini diperlukan untuk membatasi kadar yang diperbolehkan, tentu saja atas petunjuk dari doktor.

.
Nota: Terdapat banyak jenis madu yang dijual di pasaran. Saya telah mencuba pelbagai jenama (juga yang tidak berjenama@dibotol sendiri, namun, majoriti dicampur dengan gula. Saudara/i harus berhati-hati di dalam membeli madu. Dapatkan dari pembekal yang boleh dipercayai.) ZMS
.
.

dipetik dari buku: Aiman, Abdul Fattah (2006) Pengubatan & Penyembuhan Menurut Wahyu NABI. Shah Alam: Pustaka Dini. Judul Asal: Asy-Syifa' Min Wahyi Khatamil Anbiya', Terjemahan: Kathur Suhardi, Pustaka As-Sabil, Jakarta.
.
.

No comments:

Post a Comment