Edisi Belum di Sunting (Akan disunting kemudian - dalam masa terdekat)
.
Teknik penggunaan minda dengan cara yang betul telah mendapat banyak perhatian dari masyarakat dan ilmuan. Kajian pakar-pakar telah mendapati wujudnya 2 jenis minda di dalam diri manusia yang dikenali sebagai minda sedar (conscious mind) dan minda separa sedar (subsconscious mind). Sebenarnya, ianya bukanlah otak yang berbeza, tetapi, hanya fungsi-fungsi otak yang berbeza. Minda sedar adalah minda objektif yang bertindak balas berdasarkan pemikiran, manakala, minda separa sedar atau minda subjektif, bertindakbalas berdasarkan kepada apa yang diterima sebagai benar oleh minda sedar. Ini bermaksud sekiranya sesuatu yang negatif dianggap benar atau baik oleh minda sedar, maka, ianya akan diterima oleh minda separa sedar sebagai benar atau baik. Sebaliknya, jika sesuatu perkara yang positif atau baik diterima sebagai negatif atau tidak baik, maka, minda separa sedar akan menurut apa yang diputuskan oleh minda sedar. Di dalam situasi lain, sekiranya minda sedar menerima perkara yang positif sebagai benar atau baik, minda separa sedar akan menerima seadanya. Dengan kata lain, minda separa sedar bekerja berasaskan kepada Peraturan Kepercayaan. Kepercayaan ini bermaksud percaya apa yang minda putuskan. Minda separa sedar akan percaya 100% apa yang difikirkan dan ianya diterima masuk sebagai kepercayaan diri tanpa mempersoalkan atau memperdebatkan kebenaran atau kebaikannya.
.
Semua pengalaman, keadaan, kelakuan dan peristiwa yang dihasilkan oleh minda separa sedar adalah hasil dari tindakbalas pemikiran sedar (hasil dari penerimaan dan penyimpanan maklumat di dalam otak). Di dalam konteks ini, bukanlah sistem kepercayaan umum yang menjadi dasar tindakan seseorang individu, ianya adalah berdasarkan apa yang anda percaya (minda sedar percaya) dan minda akan memberi arahan kepada seluruh anggota badan berdasarkan apa yang minda percaya tentang sesuatu perkara, walaupun, sistem kepercayaan luar (masyarakat) adalah berbeza.
.
Oleh itu, kita harus sentiasa berfikiran positif yang sejajar dengan konsep harmoni, kesihatan, kedamaian dan yang baik-baik sahaja. Pemikiran seseorang insan (minda sedar) adalah pra-syarat atau penentu kepada kelakuan (atau kesan yang akan terjadi). Maka, adalah amat penting bagi kita mengawal atau menentukan pemikiran, dengan harapan, kesan atau hasil yang baik akan diperolehi. Dari masa ke masa, kita haruslah menyemai pemikiran yang baik yang bakal menjadi benih baik yang disemai di dalam minda separa sedar. Adalah diharapkan tindakbalas badan yang baik akan dihasilkan dari penerimaan benih baik ini. Ramai ahli saintis, pelukis, penyajak, sasterawan, penyelidik, pencipta dan penulis memiliki pengetahuan mendalam berhubung operasi minda sedar dan separa sedar. Perhubungan pemikiran (minda sedar) dan hasil ini adalah hubungan di antara sebab dan kesan. Untuk mendapatkan kesan (atau hasil) yang baik, maka, ubahlah sebab (pemikiran) agar sentiasa memikirkan yang baik atau positif.
.
Pakar (dan penulis) mendakwa minda separa sedar bertindakbalas kepada apa yang difikirkan di dalam minda sedar. Apabila minda sedar berasa takut, gelisah dan resah, emosi negatif akan terhasil di dalam minda separa sedar dan akibatnya minda sedar akan dilanda perasaan berkaitan. Memori akan disimpan dan sekiranya diri dilanda situasi serupa, minda separa sedar akan segera memberi tindakbalas kepada situasi yang dialami. Sebagai contoh, sejak kecil ramai di kalangan masyarakat diajar atau diberi maklumat bahawa waktu senja dan malam yang gelap adalah berbahaya atau ada banyak hantu berkeliaran, dan berjalan di kawasan gelap adalah amat merbahaya. Sekiranya pemikiran seorang kanak-kanak atau dewasa menerimanya tanpa menolak atau mempertikaikannya, pemikiran ini akan diterima sebagai benar oleh minda separa sedar dan akan disimpan di dalam otak. Maka, setiap kali seseorang itu berada di dalam situasi gelap atau berjalan di kawasan gelap, minda separa sedar akan segera memberi tindakbalas bersesuaian dengan apa yang telah diterima sebagai benar. Memori dan cebisan maklumat sepanjang kehidupan di dalam simpanan akan berhubungan. Anda akan merasa ketakutan, sentiasa curiga dan sebagainya. Pakar-pakar mendakwa apabila pemikiran diterima oleh minda separa sedar, pandangan akan dibentuk dan disimpan di dalam sel-sel otak. Pengoperasian otak berlaku dengan cara perhubungan setiap idea yang disimpan, setiap cebisan idea atau maklumat yang dikumpul sepanjang hayat dan ini menghasilkan tindakan atau tindakbalas yang sejajar dengan proses komunikasi sel-sel otak di atas. Di dalam konteks ini, minda separa sedar tidak mempertikaikan dan menyoal sama ada sesuatu maklumat yang diterima adalah baik atau tidak baik. Tugasan menentukannya dilakukan oleh minda sedar. Setelah diterima masuk, ianya dianggap benar dan sekiranya maklumat-maklumat ini ingin digunakan di masa hadapan, ianya akan diakses tanpa dinilai semula oleh otak.
.
Terdapat pemikir-pemikir yang menghuraikan pemikiran di dalam minda melalui teori yang dipanggil ‘Law of Attraction’. Saya berpendapat teori ‘Law of Attraction’ adalah huraian cara operasi minda manusia dengan lebih jelas. Teori ini menjelaskan bahawa setiap perlakuan atau pemikiran adalah melibatkan tenaga, dan, tenaga tidak boleh dihapuskan. Sebaliknya, tenaga boleh dipindahkan (Maaf, saya bukan ahli fizik yang mampu menjelaskan isu ini dengan sempurna). Atom-atom tenaga mempunyai nukleus yang mengandungi proton dan neutron yang mengelilingi elektron (Fuhh! Susah juga pembaca yang bukan ahli fizik memahaminya… saya akan cuba ringkaskan dan cuba menerangkan dari aspek aplikasi). Dengan ringkasnya, sesuatu keadaan, peristiwa atau pemikiran akan melibatkan getaran (vibration) yang terhasil yang mengumpulkan atom-atom ke satu arah sama ada positif (+) atau negatif (-). Setiap kali anda mempunyai emosi atau perasaan, getaran positif atau negatif akan terhasil, dikeluarkan dan dipindahkan. Sebagai contohnya, apabila anda berada di sekeliling orang yang mempunyai sikap dan pandangan yang negatif, anda akan merasakan getaran negatif, dan sebaliknya, jika anda dikelilingi oleh orang yang positif dan bersemgat tinggi, anda akan merasakan getaran positif dipindahkan kepada anda.
.
Contoh getaran positif ialah kegembiraan, cinta, teruja, bangga, selesa, yakin. Contoh getaran negatif ialah kecewa, keseorangan, kekurangan, kesedihan, stress, marah dan benci. Di dalam ‘Law of Attraction’, badan dan persekitaran akan bertindakbalas dengan getaran yang anda keluarkan. Pakar (dan penulis) mendakwa setiap insan akan dipengaruhi oleh getaran dan juga mampu menghantar getaran (sama ada positif atau negatif). Saya percaya setiap insan akan dipengaruhi oleh getaran yang terhasil dari pemikirannya. Sepertimana perbincangan berhubung minda separa sedar, diri anda akan menjadi sepertimana yang anda fikirkan. Jika anda berfikir anda boleh melakukan sesuatu, pasti anda akan mampu melakukannya. Begitu juga sebaliknya, jika anda berfikir anda takut atau tidak mampu melakukan sesuatu, anda akan menjadi seperti yang anda fikirkan. Jika anda berfikir anda boleh, getaran positif akan terhasil dan dihantar ke seluruh badan. Tenaga positif ini akan menggerakkan setiap sel-sel tubuh untuk bertenaga dan bekerja ke arah yang diingini. Sekiranya anda berada di sekeliling orang yang berfikiran positif, bermotivasi dan bertenaga, anda akan bersemangat hasil dari getaran positif ini (tenaga positif disalurkan kepada sel-sel badan). Diri anda berkobar-kobar dan bersemangat, dan akan merasakan mampu melakukan apa sahaja yang diingini.
.
Antara contoh lain ialah anda haruslah menceriakan hari anda dengan berfikiran positif dan gembira ketika bangun dari tidur. Sekiranya anda berfikiran positif, berkeyakinan dan gembira, anda menghantar tenaga / getaran positif kepada seluruh sel-sel badan. Maka, badan anda bersedia untuk bekerja dengan optimum dan efisien. Anda akan bertenaga dan sentiasa ceria sepanjang hari. Sebaliknya, jika anda berfikiran negatif, lemah dan menyatakan “aku patut tidur saja hari ini…”, “hari ini ialah hari yang tidak baik…”, "teruklah prestasi aku hari ini...", anda telah menghasilkan dan menghantar tenaga / getaran negatif ke seluruh sel-sel / anggota badan. Hasilnya, tubuh dan diri anda akan lemah, tidak bertenaga dan tidak bermotivasi sepanjang hari tersebut akibat dari getaran negatif yang disalurkan ke sel-sel badan.
.
Di satu sudut yang lain, pakar-pakar berpendapat setiap individu mampu menghantar getaran kepada seseorang yang lain. Saya berpendapat menghantar getaran kepada individu lain bergantung kepada setiap individu. Berkemungkinan keupayaan ini tidak dimiliki oleh semua orang, dan hanya orang tertentu yang mampu menguasai kemahiran ini. Terdapat kes-kes di mana seseorang mampu menghantar getaran iaitu pemikiran tentang sesuatu kepada seorang yang lain seperti ingin bercakap atau bertemu seseorang, dan beliau mendapati secara tidak sengaja orang tersebut membuat panggilan kepadanya atau bertemu dengannya tidak lama selepas menghantar getaran. Ini mungkin kebetulan, tetapi, menurut pakar, situasi sebegini adalah contoh penghantaran getaran.
.
Kesimpulan yang mampu saya buat di sini ialah sebagai seorang insan yang ingin berjaya, anda dan saya haruslah sentiasa berfikiran positif dan berfikiran yang baik-baik. Setiap pemikiran kita akan diterjemahkan kepada peristiwa atau perbuatan. Jika anda ingin berjaya, ingin hebat dan sebagainya, berfikirlah dengan cara yang positif seiring dengan keinginan anda. Jangan sekali-kali berfikir secara negatif atau tidak baik kerana pemikiran ini akan diterjemah kepada peristiwa negatif di dalam kehidupan anda. Jika anda berfikir anda BOLEH, pasti anda BOLEH melakukannya. Jika anda berfikir anda lemah dan tidak boleh, anda akan menjadi seperti yang anda fikirkan. Cuma, sepanjang umur kehidupan kita, telah banyak perkataan-perkataan dan peristiwa negatif yang dimasukkan sebagai benar ke dalam minda kita. Akibatnya, kita sering berfikiran negatif, rasa rendah diri atau berperasaan terdapat batasan di dalam melakukan sesuatu. Maka, anda harus bijak mengatasi masalah ini dengan melakukan pelbagai cara seperti mengeluarkan kepercayaan negatif melalui Bicara Kendiri Positif dan sebagainya. Keluarkanlah kepercayaan buruk yang telah bertapak di dalam minda untuk sekian lama demi mencapai kehebatan diri. Percayalah, sikap dan pemikiran buruk dan usang yang bersarang di dalam minda seseorang mampu diubah.

Kejayaan adalah suatu PILIHAN, dan bukannya WARISAN atau NASIB. Ubahlah pemikiran negatif kepada positif hari ini demi masa depan yang cemerlang.
.
Sehingga berbicara lagi di masa hadapan.
.
Rujukan:
[1] Losier, M. J. (2006) Law of Attraction. New York: Wellness Central.
[2] Murphy, J (2000) The Power of Your Subconscious Mind. New York: Bantam Books.
[3] Allen, J. (1902) As A Man Thinketh. Reprint by Thinker's Library Sdn. Bhd. (2001).
[4] Buzan, T (2005) The Ultimate Book of Mind Maps. London: Thorsons
[5] Larson, C. D. (2006) Brains and How to Get Them. Selangor: Masterpiece Publication.
.
ZMS

No comments:
Post a Comment