Thursday, January 22, 2009

Habbatus-Sauda' - Bahagian 3

Penulisan di bawah dipetik dari buku: Aiman, Abdul Fattah (2006) Pengubatan & Penyembuhan Menurut Wahyu NABI. Shah Alam: Pustaka Dini. Judul Asal: Asy-Syifa' Min Wahyi Khatamil Anbiya', Terjemahan: Kathur Suhardi, Pustaka As-Sabil, Jakarta.
.
Kesimpulan tentang Kemampuan Habbatus-Sauda' untuk Menyembuhkan Segala Penyakit
Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memberitahu bahawa di dalam habbatus-sauda’ terkandung penyembuhan segala penyakit. Di semua hadis-hadis disebutkan kata syifa dalam bentuk nakirah, indefinitif tanpa alif dan lam. Dalam susunan kalimat penegasan, hal itu biasanya untuk keumuman. Maka memungkinkan dapat kita katakan bahawa dalam habbatus-sauda' ada kadar penyembuhan dari segala penyakit.
.
Dari penggambaran sistem immunity dapat ditetapkan bahawa habbatus-sauda' adalah satu-satunya tatanan yang memiliki senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit. Sebab setelah sel paghocytosis menelan kuman-kuman yang menyerang, ia membawa bakteria antigenic ke permukaannya, kemudian menempel dengan sel lymph, untuk diketahui bagaimana susunan mikrobanya secara terperinci, lalu memerintahkan masing-masing sel T-lymphocytes untuk memproduksi antibodies, atau sel T-specific, khususnya adalah antigenic yang juga dibangkitkan untuk berproduksi. Dinding sel B-lympho-cytes memiliki lebih kurang 100 ribu molekul dari anti-bodies, yang saling bereaksi secara khusus dan kemampuan yang tinggi dengan jenis khusus yang ditimbulkan oleh antigenic dalam mikroba. Antibodies menyatu dengan sel T-lymphocytes yang khusus dengan penyatuan secara sempurna, bersama-sama dengan antigenic untuk melawan mikroba, sehingga mikroba tidak dapat bekerja dan sekaligus menghancurkannya.
.
Dengan begitu immunity ini merupakan immunity khusus untuk menghadapi setiap haiwan asing yang masuk ke dalam tubuh. Setiap penyakit ada ubat yang sesuai dengannya. Sejauh pengetahuan kami, sampai sekarang di alam ini tidak ada suatu materi yang memiliki komposisi, yang dengan kekhususannya mampu membebaskan dari penyebab pelbagai jenis penyakit dan sekaligus menyembuhkannya serta bekerja sebagai immunity system, selain dari habbatus-sauda'. Kerana itu kami berani mengatakan bahawa habbatus-sauda’ merupakan satu-satunya sistem yang memiliki kemampuan dasar menyembuhkan segala jenis penyakit, secara hakiki dan meyakinkan. Hal ini terjadi kerana habbatus-sauda' mengandung sistem immunity spesifik atau yang didapatkan secara automatik, yang memiliki kemampuan membentuk antibodies dan senjata sel pembunuh serta pengurai khusus (killer cell orcytoxic) untuk setiap haiwan pembawa penyakit.
.
Sistem ini, seperti sistem-sistem lainnya yang dapat dijangkiti penyakit dan serangan dari luar, yang akan bekerja secara maksimum dengan seluruh kemampuannya, atau minimum bergantung kepada tahap kesihatannya dan kesihatan komponen-komponennya. Selagi sistem ini dalam keadaan normal dan sihat di dalam tubuh, tentu ia mampu membasmi segala penyakit. Istilah penyakit ini diperuntukkan bagi penyakit itu sendiri atau sebab-sebab yang menimbulkan penyakit.
.
Selagi di sana ada materi-materi yang diciptakan Allah untuk membangkitkan sistem ini, menguatkannya atau mengubati dan memperbaiki apa yang ada di dalamnya, maka pada saat itulah ia dapat disifati dengan sifat yang dimiliki sistem itu sendiri.
.
Dari seluruh huraian di atas dapat ditetapkan bahawa habbatus-sauda' mengaktifkan dan membangkitkan immunity system spesifik atau yang didapatkan secara langsung, dengan kemampuannya menaikkan kadar helper T-cell, suppressor cell-ts dan natural killer cell, yang semuanya merupakan limph cell yang khusus dan lembut, yang kadarnya mencapai 75 % menurut hasil penelitian Dr. Al-Qadhy, yang juga dikuatkan beberapa hasil penelitian dan ujikaji terhadap habbatus-sauda’. Di samping kemampuan lain yang dimilikinya untuk melawan pelbagai macam virus, kuman dan bakteria yang masuk ke dalam tubuh manusia.
.
Kerana itulah kami dapat menetapkan bahawa di dalam habbatus-sauda’ terdapat penyembuhan untuk segala jenis penyakit, kerana peranannya yang menguatkan dan memperbaiki sistem immunity, suatu sistem yang di dalamnya ada penyembuhan dari segala jenis penyakit, yang bereaksi terhadap segala sebab yang menimbulkan penyakit, yang memiliki kemampuan awal untuk memberikan penyembuhan secara sempuma atau sebahagian di antaranya untuk menyembuhkan segala penyakit.
.
Di samping itu, disebutkannya kata syifa dalam bentuk indefinitif di pelbagai hadis, juga menguatkan hasil kesimpulan ini, yang peringkat penyembuhannya berbeza-beza, bergantung pada keadaan sistem immunity, jenis penyakit, penyebab dan periodisasinya. Dengan bentuk keumuman lafaz dalam hadis, dapat ditafsirkan sebagai sebuah kesesuaian dengan pelbagai pendapat di atas, yang disampaikan para pensyarah hadis.
.
Begitulah kejelasan hakikat ilmiah tentang hadis yang mulia ini, yang sebelumnya tidak pemah diketahui siapa pun, apalagi dinyatakan kepada masyarakat luas. Padahal yang demikian itu sudah dinyatakan sejak empat belas abad yang lampau, oleh seorang nabi yang diutus dari sisi Allah, yang menerima wahyu dari Zat Yang Maha Mengetahui segala rahsia makhluk-Nya. Benar apa yang difirmankan-Nya,
.
"Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)” (An-Najm: 3-4).
.
Aiman, Abdul Fattah (2006) Pengubatan & Penyembuhan Menurut Wahyu NABI. Shah Alam: Pustaka Dini. Judul Asal: Asy-Syifa' Min Wahyi Khatamil Anbiya', Terjemahan: Kathur Suhardi, Pustaka As-Sabil, Jakarta.

No comments:

Post a Comment