Satu kajian otak dengan menggunakan microskop (scan MRI) melaporkan terdapat perbezaan ketara di antara otak lelaki dan perempuan. Didapati otak perempuan lebih kompleks, di mana pada kawasan yang berfungsi untuk percakapan dan pendengaran bagi perempuan mempunyai 11% neuron yang lebih berbanding lelaki. Juga, dilaporkan bahawa kawasan otak yang mengawal emosi dan memori perempuan (atau dikenali sebagai hippocampus) adalah lebih besar berbanding lelaki.
.
Penemuan ini membawa maksud bahawa secara purata, perempuan, adalah lebih cekap/mahir di dalam menzahirkan emosi dan mengingat setiap bibit peristiwa yang melibatkan emosi. Perhatikan perempuan yang dilukai oleh lelaki atau mengalami peristiwa yang mengaktifkan emosi (menangis atau ketakutan), mereka mampu mengingat urutan dan perincian di dalam peristiwa berkaitan. Jika lelaki bergaduh dengan perempuan atas peristiwa yang mengganggu gugat emosi perempuan, golongan hawa mampu memberi perincian dengan lengkap dan disertakan dengan dialog-dialog yang pernah dilafazkan. Mereka memang hebat di dalam segala aspek yang melibatkan emosi. Sebaliknya, lelaki mudah lupa dan buat muka blur di hadapan perempuan, dan ini membangkitkan lagi kemarahan mereka.
.
Sebaliknya, lelaki memiliki kawasan otak yang luas sebanyak dua setengah kali ganda (2 1/2 x) bagi fungsi aktiviti SEKS. Juga, kawasan yang luas ditemui bagi tindakan dan aktiviti ganas. Seperti yang telah saya nyatakan di dalam artikel yang lepas iaitu di dalam sehari, otak lelaki di datangi pemikiran tentang seks banyak kali, berbanding perempuan yang hanya mengalami sehari sekali. Tidak mustahillah terdapat penulisan yang mendakwa seks adalah menjadi aktiviti meredakan stress atau hobi bagi lelaki. Perempuan kena faham perkara ini. Di dalam ceramah saya yang lepas-lepas terdapat peserta yang memberi komen "Oooo no wonder la... kita ni peningkan masalah, cik abang saya nak yang ituuuu jer...". Ada juga yang kata "Perempuan ni balik ke rumah dari pejabat... dah nampak kerja rumah, anak, ataupun nak booomm atas katil, suami ni pulak... jeng... jeng...jeng... dia nak itu jugak!!!". Saya pun tidak melepaskan peluang dengan memberi komen "Inilah kejadian tuhan... lelaki... tak de kerja lain dah". Saintis pun sudah membuktikan saiz otak lelaki yang beroperasi untuk fungsi SEKS lebih besar dari perempuan.
.
Harap bersabar lah yeee...
.
ZMS
.
No comments:
Post a Comment