Monday, January 19, 2009

Minda Separa Sedar: Tips Untuk Ibu Bapa

Di dalam artikel yang lalu, saya ada menyatakan minda separa sedar beroperasi dengan efektif antara lain pada ketika kita hampir melelapkan mata @ hampir lena. Pada ketika ini, minda sedar sedang atau hampir berehat dari berfikir atau beroperasi. Dari pembacaan, cadangan pakar-pakar dan pengalaman sendiri, pada ketika anak-anak sedang hampir melelapkan mata adalah masa terbaik untuk menerapkan nasihat yang baik-baik. Duduk di sisi anak yang hampir melelapkan mata, berilah nasihat secara perlahan. Ucapkan kata nasihat dan apa sahaja yang anda inginkan.
.
Sekiranya anak kita kurang mendengar kata, nasihatkan agar lebih mendengar dan menghormati anda. Jika anda inginkan anak belajar dan menimba ilmu, ucapkan pada ketika ini. InsyaAllah, minda separa sedarnya akan mendengar dan menyimpan di dalam memori. Segala simpanan di dalam memori ini bakal diakses pada ketika ianya diperlukan oleh minda sedar pada bila-bila masa.
.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
.
ZMS
.

No comments:

Post a Comment