Thursday, January 22, 2009

Habbatus-Sauda' - Bahagian Akhir

Penulisan di bawah dipetik dari buku: Aiman, Abdul Fattah (2006) Pengubatan & Penyembuhan Menurut Wahyu NABI. Shah Alam: Pustaka Dini. Judul Asal: Asy-Syifa' Min Wahyi Khatamil Anbiya', Terjemahan: Kathur Suhardi, Pustaka As-Sabil, Jakarta.
.
Peringatan Penting
Dari teks dan juga dari pengertian tentang disebutkannya habbatus-sauda’ yang dapat menyembuhkan segala jenis penyakit, dapat diambil suatu pengertian bahawa ketika manusia diserang penyakit, maka tidak selayaknya dia mengambil ubat-ubat penyembuh dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus atau meminum minyak penyembuh, tanpa ada pengawalan sama sekali, kerana dia hanya memikirkan bagaimana dapat sembuh dan terhindar dari penyakit. Kerana boleh jadi hal itu justeru akan menimbulkan kesan yang tidak diinginkan. Orang yang sakit harus tahu dos yang tepat dan sesuai untuk dirinya. Dengan petunjuk dari ahli perubatan yang sudah mahir, dia dapat memperoleh ukuran dan dos yang sesuai untuk dirinya, bagaimana cara penggunaannya, dalam keadaan sendiri-sendiri atau dicampur, ketika dia dalam keadaan sakit atau sihat.
.
Investasi kajian dan penelitian tentang pengubatan ala-Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam semacam ini, dengan menggunakan sarana yang sederhana namun besar manfaatnya, harus bekerjasama dengan para pakar perubatan dan ahli pengubatan. Kita tidak boleh mengubur kepala di dalam pasir dan mengabaikan penggunaannya, kerana terprovokasi pengubatan dengan jenis rerumputan atau para produsen minyak, seperti yang terjadi kebelakangan ini.
.
Kita juga harus bersiap-sedia bahawa harga ubat-ubat kimiawi di seluruh negara Islam akan melonjak dari harga saat ini, sesuai dengan tata tertib organisasi perdagangan antarabangsa, yang melarang pembuatan ubat-ubatan kecuali di negara asalnya, yang dimulai sejak tahun 2005.
.
Kerana itulah kami menghimbau kepada para peneliti orang-orang Muslim agar aktif mengeluarkan simpanan pengubatan ala-Nabi, sesuai dengan penelitian ilmiah yang tepat, sebagaimana himbauan kami kepada para inverstor agar menanamkan modalnya untuk memproduksi ubat-ubatan berdasarkan petunjuk Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam. Janganlah mereka menunggu hingga orang-orang Muslim menjadi santapan ubat-ubatan kimiawi, sebagaimana kini mereka menjadi santapan pelbagai produk makanan.
.
Aiman, Abdul Fattah (2006) Pengubatan & Penyembuhan Menurut Wahyu NABI. Shah Alam: Pustaka Dini. Judul Asal: Asy-Syifa' Min Wahyi Khatamil Anbiya', Terjemahan: Kathur Suhardi, Pustaka As-Sabil, Jakarta.

No comments:

Post a Comment