Thursday, January 15, 2009

Komen Pembaca dan Saya: "Hormon Cinta: Antara Isu Yang Perlu Difahami"

bad02 said...
a`skom Dr Zul,saya tertarik dgn artikel Dr ttg Lelaki&Perempuan bg saya ianya satu informasi yg bagus oleh Dr,saya akui masalah yg lelaki hadapi mmg berat ttp perempuan sememangnya pun tahu tp kadang2 mereka buat2 lupa aje..,saya ada satu masalah dgn tunang saya,puas saya fikirkan sampaikan byk keje terbengkalai bila saya tidak dpt memenuhi kehendak dia,tunang saya akan merajuk bukan kejap tp sampai seminggu dua,saya terfikir betul ke pilihan saya nie?..saya harap Dr dapat memeberi sedikit nasihat ttg masalah saya nie,saya minta maaf krn terpaksa lari dr tajuk hehehe jgn marah Dr,saya harap Dr dpt membantu saya terima kasih..badrul76@gmail.com
January 15, 2009 8:56 AM
.
Prof Madya Dr. Zulkarnain Muhamad Sori said...
Bro, aktiviti saya semalam dan hari ni terlalu padat. Maaf lambat jawab dan jawab sikit jer sebab terkejar-kejar dengan pelbagai aktiviti. Terpaksa curi-curi masa. Mungkin kamu ni suka straight to the point. Layan sikitlah! Ayat mesti baik... diaorang tu nakkan you punya care dan commitment. Tunjukkan care dengan banyak mendengar dan rujuk artikel baru saya 'cara perempuan'.
Bila bercakap tu, jangan cepat-cepat bagi jawapan. Itu memang kebiasaan lelaki. Cuba dengar dan tanya sikit-sikit. Muka tu kena ubah sikit, jangan selalu tunjuk muka boring, menyampah pompuan tengok. Juga, layan sikit semasa pegi shopping. Bab ini memang lelaki ada problem termasuk saya. Perempuan pergi shopping complex untuk mencari apa yang nak di shopping, sebab tu setiap tingkat dan setiap kedai di tiap-tiap tingkat dikunjungi oleh mereka. Survey, survey, survey. Tengok sana, tengok sini, tengok sinun, tengok sinin. Last, last hanya beli pen sebatang! Katanya 'window shopping. Sebagai lelaki macho macam u, tunjukkan senyuman sebagai tanda anda berbahagia... walapun di hati hanya tuhan sahaja yang tahu!
Memang lelaki tidak boleh bertahan jika sang perempuan masuk setiap kedai tanpa mengetahui apa yang ingin dibeli. Nampak je baju, mesti berhenti dan pegang... belek... nampak je kedai kasut, mesti berhenti dan sentuh... sabar bang! sabar! Sabar! Ini memang cara mereka. Perjalanan anda haruslah disertai dengan bercerita tentang barang yang disentuh oleh mereka. Sesekali kata 'colour baju tu sesuailah dengan u... emmm.. tak pa... kita g kedai sebelah, tengok yang tu pulak... tengok yang ini pulak!' Wow! pandai saya cakap, saya pun mungkin tak mampu melakukannya... tapi masih mencuba mempraktikkannya dari masa ke masa. Barulah perempuan syok shopping dengan u.
.
Lain kali saya berkarya lagi.
.
TQ
.
ZMS
.

No comments:

Post a Comment