Thursday, January 15, 2009

Cara Perempuan Vs Cara Lelaki

Cara perempuan menyelesaikan masalah di dalam fikirannya:
=>Bercakap berkenaannya untuk mengesahkan masalah tersebut
=>Objektif: untuk mengeluarkan masalah dan bukan mendapatkan kesimpulan atau penyelesaian
.
Ini mengesahkan penulisan yang lepas bahawa perempuan perlu bercakap. Percakapan perempuan bukanlah untuk menyelesaikan masalah. Mereka tidak memerlukan lelaki untuk segera memberikan jawapan kepada apa yang sedang diperbincangkan. Perempuan mahu masalah yang mereka ucapkan dibincangkan dengan panjang lebar. Bincang dulu. Wahai kaum lelaki, janganlah cepat-cepat beri jawapan. Layan dulu.
.
Ramai lelaki tidak memahami cara perempuan. Mereka ingat apabila perempuan bercerita tentang masalah, perempuan inginkan jawapan dari mereka. Sebenarnya tidak! Lelaki haruslah pandai mendengar dan 'memperbesarkan' masalah. Berikan sedikit masa berharga anda dan ubah sikap dari 'goal oriented' kepada 'good listener' dan 'information seeking'. 'Goal oriented' maksudnya ialah lelaki suka kepada 'straight to the point'. Otak lelaki seumpama persamaan matematik. Jika anda beri kepada otak lelaki 1 + 1, maka lelaki akan terus jawab 2. Otak perempuan sudah tahu jawapannya 2, tetapi mereka masih mahukan cerita tentang '1' yang pertama, apabila sudah habis, perempuan suka bercerita tentang '1' yang kedua, kemudia cerita tentang '=', dan sekiranya tidak dapat jawapan '2' pun tidak mengapa. Selagi semuanya telah dibincang dan dikupas, itu sudah memadai.
.
Maka, jawapan kepada banyak masalah perhubungan lelaki dan perempuan ialah lelaki harus mengubah sikap kepada membuka telinga seluas-luasnya dan mendengar! Jangan cepat-cepat beri jawapan. Layan dan bina masalah. Dapatkan maklumat dari perempuan sebanyak mungkin.
.
Jika perempuan sering memberitahu dan komplen bahawa beliau sibuk di pejabat, bos suka memberi kerja, kawan-kawan pun sering komplen, setiausaha pejabat pun berlagak macam bos apabila bos tiada. Selalunya lelaki akan terus memberi jawapan 'Apa lagi... berhenti dan cari kerja lain'. Lelaki adalah 'result oriented'. Sebenarnya, apa yang perempuan harapkan ialah anda membincangkan masalah pejabat dari pelbagai arah dan tidak perlu mengikut susunan. Adalah lebih baik jika 'mencurahkan sedikit minyak ke api'. Maksud saya meriahkan perbincangan dengan berkata 'memanglah... sekarang ni semua pejabat sibuk...', 'tak berhati perut betul lah setiausaha dan bos awak tu... apa yang dia suruh u buat ehhh...'. Layanlah dengan pelbagai isu dan pertanyaan.
.
Lelaki dan perempuan adalah berbeza.
.
ZMS
.

No comments:

Post a Comment