.
betul tu.. tujuan perempuan bercakap atau bercerita kepada lelaki hanya untuk berkongsi, bukan untuk meminta penyelesaian..m ungkin lelaki merasakan bahawa mereka perlu bertindak sebagai tempat rujukan dan 'solution provider' maka disebabkan itu kadangkala mengelak untuk mendengar.. juga kerana tidak mahu silap memberikan 'solution'.... saya sebagai perempuan sering kali juga merasa 'annoyed' apabila lelaki selalu memberikan 'penyelesaian' yang bagi saya tidak perlu atau pun saya sendiri sudah tahu ;) Saya rasa ianya juga ada berkait rapat dengan fitrah perempuan yang process-oriented' manakala lelaki pula 'goal-oriented'..
.
walllahu'alam...
wassalam..
.
.
Komen Balas
Saudari 'Soyyo'
Komen saudari ada kebenarannya. Dari segi kejadiannya, seseorang lelaki telah direkabentuk bagi memenuhi keperluan sebagai seorang ketua keluarga. Beliau haruslah mempunyai aksesori badan yang menyokong keperluan sebagai pemburu (pencari rezeki) dan pahlawan (jika ke medan perang). Maka, otak lelaki berkembang dengan banyak kemahiran utnk melaksanakan sesuatu berbanding perempuan yang berkembang sebagai seorang yang menjaga anak-anak yang memerlukan kemahiran bercakap dan berkomunikasi. Perempuan memerlukan 'sharing' dan 'understanding'. Oleh itu, perempuan berkembang sebagai seorang yang begitu mahir bercakap dan mendapatkan maklumat serta berkongsi maklumat. Lelaki tidak memerlukan semua kemahiran itu. Sebagai pemburu, lelaki tidak perlu bercakap atau berkomunikasi serta beremosi. Pemburu mestilah ada matlamat dan mengejar matlamat. Jika sasaran tidak mengena, lelaki tidak harus bercerita dan terus bercerita mengapa sasaran tidak mengena. Lelaki perlu mencari sebab dengan berfikir sendirian mengapa usahanya tidak menjadi. Inilah sebabnya mengapa secara amnya lelaki suka memberikan jawapan atau jalan penyelesaian.
.
Juga, dengan memberikan jawapan atau jalan penyelesaian, lelaki akan merasakan dirinya 'hebat' atau 'penting', walhal, perempuan akan berfikir secara berlainan. Sebagai ketua keluarga, lelaki akan sentiasa berpandangan dirinya sebagai tempat merujuk atau memberikan penyelesaian. Jika beliau gagal memberikan jawapan, lelaki akan merasakan dirinya 'kurang nilai'. Maka, mereka akan sentiasa memberikan jawapan walaupun tidak diminta.
.
ZMS
No comments:
Post a Comment