“Otak lelaki boleh menyusun masalah dan biarkannya”
.
“Perempuan mencampurkan masalah-masalah”
“Perempuan mencampurkan masalah-masalah”
.
Cuba anda fikirkan... bagaimana otak lelaki beroperasi, dan sebaliknya, bagaimana otak perempuan beroperasi. Perhatikan lelaki-lelaki di sekeliling anda... lelaki di dalam kehidupan anda. Juga, perhatikan perempuan-perempuan di sekeliling anda... perempuan di dalam kehidupan anda. Juga, tanyakan diri anda sendiri, sebagai lelaki atau perempuan, apa yang anda lakukan ketika bermasalah...
.
Yang ketara ialah lelaki akan terus membisu apabila dihujani masalah (shut off). Perempuan mula membukakan mulut apabila dikunjungi masalah (switch on). Lelaki menyendiri... perempuan mencari orang untuk bercakap.
.
Lelaki yang bermasalah akan mula bercakap secara senyap di dalam diri. Jika masalah kedua datang, lelaki mula menyusun masalah di dalam sudut-sudut otaknya. Jika masalah seterusnya mengunjungi diri lelaki, beliau akan terus menyusun masalah-masalah tersebut dan tindakan seterusnya ialah lelaki akan mencari rakan untuk melakukan aktiviti lain atau duduk di kedai mamak untuk minum 'teh tarik', 'kopi o' sambil menghisap rokok... sekotak... dua kotak di dalam dunianya sendiri... perempuan - biarkan lelaki itu...
.
Perempuan yang bermasalah akan segera mencari seseorang untuk membantunya mendengar dan berbicara tentang masalah. Perempuan bermasalah tidak boleh duduk diam. Jika boleh, pada ketika itu juga ingin membuka mulut dan bercerita tentang masalah. Jika hadir masalah kedua, perempuan menjadi pandai matematik... iaitu mencampurkan masalah pertama dengan masalah kedua. Jika datang lagi masalah-masalah berikutnya, perempuan akan teruskan matematiknya... iaitu mencampur-campurkan segala masalah yang ada... dan terus bercerita, bercerita dan bercerita... bercakap, bercakap dan terus bercakap tentang masalahnya. Tak settle, tak apa! Mereka akan lega bila habis bercakap tentangnya. Lelaki = silalah jadi pendengar setia tanpa cepat-cepat memberikan jawapan kepada masalah itu... dengar dulu, sejam, dua jam, tiga jam... Juga, sebelum saya lupa, lelaki hendaklah bersabar banyak-banyak, kadang-kadang (atau selalu!), anda tidak kena mengena dengan masalah perempuan, tetapi anda terbabit sama... anda kena tempiasnya... sabarlah cik abang sayang... bila beliau habis bercakap, oklah perempuan kesayangan anda!
.
ZMS
No comments:
Post a Comment