Anda harus yakin pada tahap yang amat tinggi dengan apa yang anda usahakan. Jika anda adalah usahawan insuran, anda harus yakin dengan sepenuh hati, jiwa raga dan beremosi dengan apa yang anda usaha dan perjuangkan. Bagi usahawan MLM, anda harus yakin dengan produk yang anda jual dan dengan penajaan 'downline' yang anda lakukan bakal memberi manafaat kepada prospek. Bagi usahawan sektor makanan, anda harus yakin sepenuhnya bahawa makanan yang anda jual adalah yang paling sedap di kawasan tersebut. Persoalan realiti harus diletak ke tepi. Anda harus mempunyai keyakinan 100% atau 150% ke atas apa yang anda usahakan. Anda mesti taksub dan disertai dengan emosi yang mendalam tentang apa yang diusahakan. Biarlah 1000 kritikan dilemparkan kepada anda, keteguhan hati dengan apa yang diusahakan masih tidak tercalar walaupun 1 micron!
Mengapa perlu Yakin 100% (atau 150%) dengan apa yang diusahakan? Ini adalah teramat penting kerana jika anda meragui 1% atau 0.5% dengan apa yang anda lakukan, bagaimana orang lain akan yakin dengan apa yang anda perjuangkan. Orang lain akan mula meragui terhadap faedah yang bakal mereka perolehi. Mereka akan mula mencongak-congak kebenaran dakwaan anda... dan akhirnya mereka akan menjauhkan diri dari idea anda. Jika anda teramat yakin dengan apa yang diusahakan, segala perbuatan dan kelakuan diri akan terarah kepada mencapai kejayaan. Emosi dan minda akan fokus kepada usaha yang dilakukan. Minda akan sentiasa kreatif di dalam meletakkan usaha ke arah mencapai matlamat. Sebarang tohmahan dan kritikan akan ditepis tanpa perlu dipertimbangkan oleh minda. Anda sentiasa taksub dengan idea anda.
Jika anda kurang keyakinan dengan apa yang diusahakan, kritikan yang dilemparkan akan meresap ke dalam minda. Anda mula mempertimbangkan kebenaran kritikan tersebut, walaupun ianya hanyalah isu kecil. Apabila ragu-ragu mula wujud di dalam minda, anda akan sering dipengaruhi dengan kritikan negatif. Minda anda mula meragui usaha-usaha yang dilakukan. Apabila dugaan dan masalah menjenguk anda, pada ketika ini anda mula mempertimbangkan untuk menyerah... bukan menyerah kalah, tetapi anda akan sering mendakwa 'SUDAH SURATAN TAKDIR'... atau takdir dan nasib tidak menyebelahi anda. Maka, berakhirlah riwayat usaha-usaha yang telah dimulakan. Terhenti di tengah jalan... jika di highway, ianya dilenyek oleh lori treler... Tinggallah sejarah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment