Saturday, December 6, 2008

Ulasan BARIS #2 Puisi "Aku Tidak Memilih Untuk Menjadi Insan Biasa"

Baris # 2: Memang hak ku untuk memilih menjadi luar biasa

Setiap insan mempunyai hak masing-masing yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Sebagai seorang insan, kita berhak untuk menentukan apa sahaja yang ingin dilakukan. Menentukan kejayaan atau menentukan menjadi orang 'biasa-biasa' sahaja. Memang benar... adalah menjadi hak setiap individu untuk menjadi luar biasa... bukan menjadi orang biasa-biasa.

Apa itu biasa-biasa? Bagi saya, biasa-biasa maksudnya menjadi apa yang kita ada pada hari ini dan menjadi seperti orang yang setaraf dengan kita atau orang yang kita fikirkan biasa. Tidak terlintas di hati untuk menjadi lebih baik dari hari ini. Tidak juga terfikir untuk memperbaiki kehidupan menjadi lebih baik dan bebas kewangan atau melakukan apa yang diingini. JANGAN BEGITU! Kita berhak untuk mengubah kehidupan. Siapa yang boleh menidakkan hak kita? Tiada siapa. Kejayaan kita adalah tanggungjawab kita. 100% tanggungjawab diri sendiri. Tiada siapa yang boleh menghalang kita dari berjaya dan tiada siapa yang bertanggungjawab untuk menjadikan kita berjaya, melainkan DIRI SENDIRI. Jika kita melangkah untuk melakukan sesuatu, tiada orang yang boleh menahan.

Apabila kita berhak untuk menentukan apa yang diingini, maka, adalah menjadi hak kita untuk menjadi LUAR BIASA. Saudara-saudari harus memilih untuk menjadi luar biasa. Menjadi seorang yang berjaya, lebih berjaya dan terus berjaya. Jangan pandang belakang... terus mara ke hadapan. Tidak perlu mendengar dan mengikut kata rakan seperti 'biasa-biasa je... cukuplah!'. Anda dan saya harus menjadi luar biasa demi masa hadapan yang gilang gemilang dan maruah diri/keluarga yang tinggi.

Dengan memilih menjadi luar biasa, cara anda bertindak, bercakap dan melakukan tugasan akan berbeza. Anda akan sering berfikiran positif ke arah kejayaan. Anda pasti BOLEH menjadi LUAR BIASA apabila anda fikir dan MEMILIH untuk menjadi LUAR BIASA.


ZMS



No comments:

Post a Comment