Wednesday, March 4, 2009

Siapa Harus Memandu Malam? Lelaki ke...? Perempuan Ke...?

Sering berlaku situasi di mana perempuan menyerahkan tugas pemanduan waktu malam kepada lelaki. Saya akui terdapat pengecualian di dalam kes ini, namun, rata-rata wanita matang meminta pasangan lelaki mereka untuk memandu pada waktu malam. Pelbagai alasan diberikan seperti: 1. "Mata saya silau...", 2) "Saya tak boleh agak jarak kereta...", 3) "Abang ada... abanglah drive..." dan macam-macam alasan lain diberikan. Tetapi apakah alasan saintifik di sebalik situasi ini???
.
Penyelidik melaporkan perempuan mampu melihat dengan baik di dalam suasana gelap berbanding lelaki. Manakala, lelaki berkemampuan untuk melihat di dalam jarak yang lebih jauh bagi kawasan yang menumpu ketika gelap berbanding perempuan, dan ini memberikan lelaki kelebihan dan keselamatan pemanduan malam. Sepertimana yang telah saya bincangkan di dalam artikel yang lalu iaitu lelaki mempunyai kecekapan penggunaan otak kanan untuk aktiviti bukan percakapan (spatial ability) seperti penggambaran rekabentuk, pemetaan, jarak, pergerakan (berbanding perempuan yang cekap berkata-kata), yang memberikan kelebihan kepada lelaki untuk mengenalpasti pergerakan kenderaan jarak jauh di hadapan dan di belakang, sama ada di lorong sama atau lorong bertentangan.
.
Ramai wanita mengakui kurang cekap untuk mengenalpasti arah mana kereta yang berada di hadapan (waktu malam) iaitu sama ada arah bertentangan atau arah yang sama dengan mereka. Jika dikaitkan dengan fungsi kejadian lelaki, di mana secara asalnya mereka menjadi pemburu, lelaki mestilah cekap untuk mengenalpasti, melihat dan mengagak objek-objek semasa pemburuan mereka. Namun, jangan salah erti... perempuan cekap dan mampu melihat dengan terperinci (detail) di dalam gelap... cuma, untuk jarak dekat.
.
Ini bermaksud sekiranya anda ingin melakukan perjalanan jarak jauh, adalah lebih baik pembahagian tugasan pemanduan dilakukan, di mana perempuan adalah disaran untuk memandu ketika siang dan lelaki memandu waktu malam.
.

No comments:

Post a Comment