Seperti yang telah dibincangkan di dalam artikel yang lalu bahawa mata lelaki mampu beroperasi dengan cekap bagi pemanduan waktu malam disebabkan keupayaan mengesan pergerakan dan kehadiran objek di dalam gelap pada jarak jauh. Walaupun, mata perempuan lebih cekap mengesan objek-objek di dalam gelap berbanding mata lelaki, ianya hanyalah bagi jarak dekat. Juga, kecekapan lelaki menggunakan otak kanan mereka bagi aktiviti bukan percakapan (spatial) membolehkan mereka bukan sahaja mengesan pergerakan jarak jauh, lelaki juga mampu mengagak jarak objek di hadapan dan belakang di dalam persekitaran yang gelap.
.Perbezaan fungsi seperti mana digambarkan di atas menyaksikan lelaki dan perempuan menggunkan mata mereka dengan cara berbeza. Kebanyakan lelaki (terutamanya lelaki matang...) akan cepat merasa letih melihat skrin komputer atau apa-apa aktiviti yang melibatkan penglihatan jarak dekat seperti membaca suratkhabar (orang Indon kata Koran...), menjahit (atau memasukan benang di dalam jarum). Mata lelaki akan sentiasa dilaraskan ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini kerana 'lensa'nya berfungsi untuk jarak jauh!
.
Sebaliknya, mata perempuan adalah sesuai untuk tugasan jarak dekat. Cuba anda perhatikan dan ingat-ingatkan tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh makcik-makcik di sekeliling kita. Perempuan mampu melakukan aktiviti penglihatan jarak dekat yang memerlukan mata mereka melihat dengan 'detail' seperti menjahit pada tempoh masa yang panjang. Perempuan mampu mengesan kekurangan noktah, koma, dan segala kesilapan ejaan dengan mudah, cepat dan pantas. Bukanlah lelaki tidak mampu melakukannya, tetapi, lelaki memerlukan latihan yang lama atau intensif untuk berkebolehan seperti perempuan. Namun, hanya untuk aktiviti terpilih. Saya ada sedikit pengalaman berkaitan isu ini. Setelah melalui latihan yang lama iaitu belajar hingga ke peringkat PhD yang memerlukan membaca di skrin komputer dengan tempoh masa yang lama, cara saya bekerja adalah seperti perempuan. Saya mampu mengesan ketidakcukupan noktah, koma dan segala kesalahan menaip mahupan penulisan.
.
No comments:
Post a Comment