Monday, March 9, 2009

Quote

.
Nothing great will ever be achieved without great men,
and men are great only if they are determined to be so.
— Charles de Gaulle
.

Quote

.
The one important thing
I have learned over the years
is the difference between taking one’s
work seriously and taking one’s self seriously.
The first is imperative and second is disastrous.
— Margot Fonteyn
.

Thursday, March 5, 2009

Mata Perempuan Pengesan Jarak Dekat Yang Hebat!

Seperti yang telah dibincangkan di dalam artikel yang lalu bahawa mata lelaki mampu beroperasi dengan cekap bagi pemanduan waktu malam disebabkan keupayaan mengesan pergerakan dan kehadiran objek di dalam gelap pada jarak jauh. Walaupun, mata perempuan lebih cekap mengesan objek-objek di dalam gelap berbanding mata lelaki, ianya hanyalah bagi jarak dekat. Juga, kecekapan lelaki menggunakan otak kanan mereka bagi aktiviti bukan percakapan (spatial) membolehkan mereka bukan sahaja mengesan pergerakan jarak jauh, lelaki juga mampu mengagak jarak objek di hadapan dan belakang di dalam persekitaran yang gelap.
.
Perbezaan fungsi seperti mana digambarkan di atas menyaksikan lelaki dan perempuan menggunkan mata mereka dengan cara berbeza. Kebanyakan lelaki (terutamanya lelaki matang...) akan cepat merasa letih melihat skrin komputer atau apa-apa aktiviti yang melibatkan penglihatan jarak dekat seperti membaca suratkhabar (orang Indon kata Koran...), menjahit (atau memasukan benang di dalam jarum). Mata lelaki akan sentiasa dilaraskan ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini kerana 'lensa'nya berfungsi untuk jarak jauh!
.
Sebaliknya, mata perempuan adalah sesuai untuk tugasan jarak dekat. Cuba anda perhatikan dan ingat-ingatkan tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh makcik-makcik di sekeliling kita. Perempuan mampu melakukan aktiviti penglihatan jarak dekat yang memerlukan mata mereka melihat dengan 'detail' seperti menjahit pada tempoh masa yang panjang. Perempuan mampu mengesan kekurangan noktah, koma, dan segala kesilapan ejaan dengan mudah, cepat dan pantas. Bukanlah lelaki tidak mampu melakukannya, tetapi, lelaki memerlukan latihan yang lama atau intensif untuk berkebolehan seperti perempuan. Namun, hanya untuk aktiviti terpilih. Saya ada sedikit pengalaman berkaitan isu ini. Setelah melalui latihan yang lama iaitu belajar hingga ke peringkat PhD yang memerlukan membaca di skrin komputer dengan tempoh masa yang lama, cara saya bekerja adalah seperti perempuan. Saya mampu mengesan ketidakcukupan noktah, koma dan segala kesalahan menaip mahupan penulisan.
.

Wednesday, March 4, 2009

Siapa Harus Memandu Malam? Lelaki ke...? Perempuan Ke...?

Sering berlaku situasi di mana perempuan menyerahkan tugas pemanduan waktu malam kepada lelaki. Saya akui terdapat pengecualian di dalam kes ini, namun, rata-rata wanita matang meminta pasangan lelaki mereka untuk memandu pada waktu malam. Pelbagai alasan diberikan seperti: 1. "Mata saya silau...", 2) "Saya tak boleh agak jarak kereta...", 3) "Abang ada... abanglah drive..." dan macam-macam alasan lain diberikan. Tetapi apakah alasan saintifik di sebalik situasi ini???
.
Penyelidik melaporkan perempuan mampu melihat dengan baik di dalam suasana gelap berbanding lelaki. Manakala, lelaki berkemampuan untuk melihat di dalam jarak yang lebih jauh bagi kawasan yang menumpu ketika gelap berbanding perempuan, dan ini memberikan lelaki kelebihan dan keselamatan pemanduan malam. Sepertimana yang telah saya bincangkan di dalam artikel yang lalu iaitu lelaki mempunyai kecekapan penggunaan otak kanan untuk aktiviti bukan percakapan (spatial ability) seperti penggambaran rekabentuk, pemetaan, jarak, pergerakan (berbanding perempuan yang cekap berkata-kata), yang memberikan kelebihan kepada lelaki untuk mengenalpasti pergerakan kenderaan jarak jauh di hadapan dan di belakang, sama ada di lorong sama atau lorong bertentangan.
.
Ramai wanita mengakui kurang cekap untuk mengenalpasti arah mana kereta yang berada di hadapan (waktu malam) iaitu sama ada arah bertentangan atau arah yang sama dengan mereka. Jika dikaitkan dengan fungsi kejadian lelaki, di mana secara asalnya mereka menjadi pemburu, lelaki mestilah cekap untuk mengenalpasti, melihat dan mengagak objek-objek semasa pemburuan mereka. Namun, jangan salah erti... perempuan cekap dan mampu melihat dengan terperinci (detail) di dalam gelap... cuma, untuk jarak dekat.
.
Ini bermaksud sekiranya anda ingin melakukan perjalanan jarak jauh, adalah lebih baik pembahagian tugasan pemanduan dilakukan, di mana perempuan adalah disaran untuk memandu ketika siang dan lelaki memandu waktu malam.
.

Impressive!

Credit to: Ku Ramlah Ku Edar.





















Tuesday, March 3, 2009

MISTERI BAHTERA NABI NUH a.s.







Sumber: Jaafar Al-Siddiq (2007) Perkara Aneh & Ganjil Di Dunia. Johor Bahru: Putaka Azhar.

Friday, February 27, 2009

Perbezaan Lelaki dan Perempuan Ditentukan?

Jawapan kepada persoalan ini ialah 'Ya' dan 'Tidak'. Sememangnya jantina terhasil secara biologi (ketentuan Ilahi) yang disumbangkan oleh kromosom ibu bapa dan hasilnya terbentuk organ seks lelaki dan perempuan. Organ-organ ini seterusnya 'melepaskan' hormon-hormon khusus jantina yang menghasilkan tindakbalas tertentu di setiap organ termasuk otak.
.
Tahap-tahap hormon yang dirembeskan berbeza dan ianya membentuk perlakuan kita di dalam kehidupan. Sebahagian dari perbezaan lelaki dan perempuan telah terjadi dengan sendirinya sejak dilahirkan (dengan izin dan ketentuan Allah). Sebaik kita dilahirkan, persekitaran di mana kita hidup juga memain peranan di dalam pembentukan diri dan kelakuan seseorang di dalam kontek kelelakian atau keperempuanan. Persekitaran kita mampu mengubah apa yang telah terbentuk di dalam badan / otak sejak dilahirkan. Ianya mengubah cara kita bertindak dan berkomunikasi dengan orang lain.
.
Pengalaman seseorang menjadi kerangka yang membentuk perlakuan dan tindakbalas seseorang. Melayan dan bertindak dengan cara 'perempuan' kepada anak perempuan akan membentuk dan menjadikannya seorang perempuan atau 'lebih' perempuan. Sebaliknya, melayan atau menyediakan persekitaran 'perempuan' kepada anak lelaki akan menjadikan anak lelaki ke arah 'perempuan' atau 'lebih perempuan'. Seseorang lelaki yang cenderung bersikap dan beraksi seperti 'perempuan' yang hidup di dalam kelompok atau kumpulan yang 'seangkatan' dengannya akan menjadi lebih 'lembut' dan 'keperempuanan'.
.
DRZ
.