Monday, February 9, 2009

Untuk Renungan Bersama...

From: mohd noor abd jalil [mailto:mohdnoor.aj@gmail.com]
Sent: Thursday, December 27, 2007 4:08 PM
To: FFC
Subject: Sepotong ayat penerang hidup
..
Untuk renungan bersama... ...
..
Sebarang ayat Allah (al Quran) atau zikir bila dibaca dengan khusu' dan tawadu' serta di sedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah, dipanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yang sedang sakit atau sudah meninggal dunia.
.
Saya ada pengalaman untuk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yang sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun. Emak bagi tau yang saya sediakan/bagi makan untuknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan al Fatihah, ayat Kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh.
.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya. Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit di hospital di Mesir. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagitau wife. Dia kata dia sedekahkan al Fatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin. Moral of the story - Sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh.
.
InsyaAllah, Allah sampaikan kepada mereka yang kita sedekahkan dan Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah....... Allahu 'alam
.
Assalamualaikum,
.
UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.
.
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...bismillahirrahma nnirrahim" Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad. ) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
.
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat?
.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah AL-Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika sayam, (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."
.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, Sesungguhnya, Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW......... ......
"Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
.
.

Just Kidding: Desperate Students during exams (Santai)

























ZMS

Quote

.
Anybody can become angry—that is easy; but to be angry with the right person, and to the right degree, and for the right purpose, and in the right way—that is not within everybody’s power and is not easy.
— Aristotle —
.
.

Establishing A Track Record for Truth-5

Demonstrate Competence.
People flock to experts, star performers, wise decision makers, and winners. People don’t intentionally invest their money in poorly performing stock; neither do they want to invest trust in people they doubt can achieve what they claim. To be led, either by words or actions, followers need to have faith in your competence to perform. They want to know you can win the game. They want to know you can finish the project successfully. They want to know you can turn the company around.
.
So how do leaders inspire confidence in their abilities while seeming modest and likable as people? They as leaders have to acknowledge accomplishments but avoid arrogance. Difficult, but not impossible. How? The attitude behind the talk turns the tables.
.
.

Establishing A Track Record for Truth-4

Be Consistent.
We communicate by actions as well as words. We communicate by what we say and what we don’t say; by which policies we enforce and which policies we don’t enforce; by what we allow work time for and what we don’t allow work time for; by what we fund and what we don’t fund; by behavior we reward and behavior we punish; by what we do and what we criticize others for doing; by what we ask for and what we’re willing to give in return. To be credible, our words have to match our policies, performance, and plans.
.
.

Putting Your Best Body Forward-4

Use the Appropriate Volume.
Loudness has become synonymous with vulgarity and unruliness; a soft volume has come to mean shyness, nervousness and even incompetence. Stay away from these two extremes.
.
.

Kenapa dan Mengapa Aku Ke Sekolah (2)?

Bila difikir-fikirkan tentang ke sekolah, teringat saya kepada zaman saya ke sekolah kira-kira 30 tahun yang lalu... [tua gak saya ni ehhh...]. Arwah ayah saya memang kelihatan garang orangnya. Dia cakap pada cikgu bahawa dia serah anak dia untuk dididik oleh guru. Cikgu nak buat apa... buatlah... asalkan anak dia pandai... Puhhh ngeri bunyinya. Bila saya bertanya-tanya kepada orang yang lebih tua, rupa-rupanya orang dulu-dulu memang macam tu. Mak bapak memang serahkan anak-anak dia untuk dididik oleh guru. Serah anak tu bermaksud, cikgu akan menjadi ibu bapa ke-dua.
.
Bukan macam sekarang, cikgu nak di saman di mahkamah pulak dah! Yang pukul cikgu pun ada. Yang report kat polis pun ada. Dulu... cikgu boleh pilih rotan mana yang nak guna... sekarang, kirim salam... cikgu nak rotan anak orang..., silap haribulan kena transfer ke tempat yang orang lain tak nak pergi. Cuba fikirkan, apakah yang berlegar-legar di kepala cikgu apabila menerima anak orang untuk dididik di sekolah? Bolehkah mereka menjadi ibu bapa ke-dua kepada anak murid mereka?
.
Telah ramai guru yang saya temubual berhubung senario karier mereka terutamanya berkaitan isu di atas. Rata-ratanya berpendapat situasi sekarang tidak sama atau serupa dengan apa yang saya gambarkan di atas. Jangan cakap nak rotan anak orang, nak tegur pun susah. Banyak cabaran yang berlegar di minda mereka. Jika silap tegur, bercalar kereta cikgu. Banyak contoh telah terjadi, di mana kereta guru dicalar oleh 'orang yang tidak dikenali'... dari belakang (bonnet) sehinggalah ke hadapan. Juga, pelbagai kerenah anak murid dapat dilihat atau dibaca di akhbar dan media. Tahun 2008 telah menyaksikan anak murid menendang guru dipaparkan di televisyen.
.
Selepas terjadinya senario-senario di atas, adakah guru akan melaksanakan tugasnya dengan penuh semangat? Tugas mendidik bukan mudah. Ianya harus dilakukan dengan sepenuh hati dan ikhlas. Jika guru bertugas di dalam suasana yang terdapat pelbagai halangan dan ancaman, mungkin... guru-guru tidak mampu melaksanakan tanggungjawab sepertimana yang dijangkakan. Di satu sudut, guru-guru teringin melaksanakan tugas mendidik sepenuh hati. Jika anak murid menurut tunjuk ajar, mereka akan disayangi dan sebaliknya jika nakal, anak murid seharusnya ditegur, atau ditarik telinga, atau dirotan. Tetapi, mana boleh buat sebegitu. Seperti yang saya katakan di atas, di zaman ini, ibu bapa akan masuk campur di dalam isu pendidikan. Jangkaan ibu bapa ialah guru harus mendidik sepenuh hati, tetapi, jika anak nakal... jangan disentuh mahupun ditegur anak mereka. Bolehkah guru melaksanakan tugas mereka?
.
Ataupun, zaman telah berubah. Guru harus lebih pandai menggunakan kaedah psikologi? Guru harus berlembut sepanjang masa dan menangani masalah pelajar dengan cara lembut iaitu kata-kata sahaja.
.
Cuba kita analisa masalah murid-murid zaman ini. Ramai pelajar berpeleseran waktu sekolah. Ramai yang mengunjungi pusat atau arked video. Masalah penagihan dadah di kalangan murid begitu tinggi. Murid-murid tidak mendengar kata guru mahupun ibu bapa mereka. Dan, pelbagai masalah lain.
.
Persoalannya sekarang adakah cara guru dan ibu bapa sekarang kena pada tempatnya? Dengan membelai yang keterlaluan dapat membentuk sahsiah murid yang positif? Maaf saya berkata... mungkin cara kita sekarang tidak kena... Fikir-fikirkan...
.
Bersambung...
.
ZMS