Thursday, January 8, 2009

6 Ways To Affirm Your Motivation Every Day (Leviton, 1995)

  1. Say to yourself: "I can be smarter than I think I am. I am smarter than I think. I can master the basic of developing a sharp mind."
  2. Repeat this sequence three times, saying it with conviction.
  3. Repeat this affirmation sequences at least three times daily, preferably as soon as you wake up in the morning, at midday, and just before falling sleep.
  4. It is psychologically more effective to say your affirmations out loud in a strong, clear, confident voice. Speaking them actually gives them energy and brings you closer to their realization in your life.
  5. Use them like medicine: Everytime you doubt your abilities, feel mentally sluggish, stupid or dense, repeat them, preferably out loud, to bolster your confidence.
  6. Make this a daily practice: Write out your brain power goals; draft new or different affirmations, and say them out loud daily.
    .

Source: Leviton, R. (1995) Brain Builders. NJ: Prentice Hall.

Komen Oleh 'Soyyo' Bagi Artikel "Perempuan Perlu Bercakap"

Salam..
.
betul tu.. tujuan perempuan bercakap atau bercerita kepada lelaki hanya untuk berkongsi, bukan untuk meminta penyelesaian..m ungkin lelaki merasakan bahawa mereka perlu bertindak sebagai tempat rujukan dan 'solution provider' maka disebabkan itu kadangkala mengelak untuk mendengar.. juga kerana tidak mahu silap memberikan 'solution'.... saya sebagai perempuan sering kali juga merasa 'annoyed' apabila lelaki selalu memberikan 'penyelesaian' yang bagi saya tidak perlu atau pun saya sendiri sudah tahu ;) Saya rasa ianya juga ada berkait rapat dengan fitrah perempuan yang process-oriented' manakala lelaki pula 'goal-oriented'..
.
walllahu'alam...
wassalam..
.
.
Komen Balas
Saudari 'Soyyo'
Komen saudari ada kebenarannya. Dari segi kejadiannya, seseorang lelaki telah direkabentuk bagi memenuhi keperluan sebagai seorang ketua keluarga. Beliau haruslah mempunyai aksesori badan yang menyokong keperluan sebagai pemburu (pencari rezeki) dan pahlawan (jika ke medan perang). Maka, otak lelaki berkembang dengan banyak kemahiran utnk melaksanakan sesuatu berbanding perempuan yang berkembang sebagai seorang yang menjaga anak-anak yang memerlukan kemahiran bercakap dan berkomunikasi. Perempuan memerlukan 'sharing' dan 'understanding'. Oleh itu, perempuan berkembang sebagai seorang yang begitu mahir bercakap dan mendapatkan maklumat serta berkongsi maklumat. Lelaki tidak memerlukan semua kemahiran itu. Sebagai pemburu, lelaki tidak perlu bercakap atau berkomunikasi serta beremosi. Pemburu mestilah ada matlamat dan mengejar matlamat. Jika sasaran tidak mengena, lelaki tidak harus bercerita dan terus bercerita mengapa sasaran tidak mengena. Lelaki perlu mencari sebab dengan berfikir sendirian mengapa usahanya tidak menjadi. Inilah sebabnya mengapa secara amnya lelaki suka memberikan jawapan atau jalan penyelesaian.
.
Juga, dengan memberikan jawapan atau jalan penyelesaian, lelaki akan merasakan dirinya 'hebat' atau 'penting', walhal, perempuan akan berfikir secara berlainan. Sebagai ketua keluarga, lelaki akan sentiasa berpandangan dirinya sebagai tempat merujuk atau memberikan penyelesaian. Jika beliau gagal memberikan jawapan, lelaki akan merasakan dirinya 'kurang nilai'. Maka, mereka akan sentiasa memberikan jawapan walaupun tidak diminta.
.
ZMS

Meransang Kekuatan Minda Melalui Urutan Tapak Kaki

Walaupun neuron-neuron otak tidak terdapat di kaki, amalan urutan refleksologi mendakwa otak boleh diransang melalui urutan di tapak kaki. Dengan mengurut dititik atau bahagian tertentu seperti di dalam peta tenaga badan anda pada Rajah 1, anda mampu meransang organ-organ, otot-otot, sistem pernafasan dan otak. Dengan mengurut pada bahagian-bahagian tertentu, tenaga dapat dihantar keseluruh badan termasuk otak anda.


Rajah 1: Kesihatan di Tapak Kaki


Sebenarnya, kedua-dua ibu jari kaki anda berkait secara langsung dengan otak. Urutkan pada bahagian bawah (kulit lembut) ibu jari kaki... dari kuku ke dalam hingga bahagian pertembungan dengan jari kaki. Urutan bahagian ini amat penting untuk kesihatan otak.
.
Rajah 2a: Jari Kaki






Cara Urutan Kaki

Perbincangan ini akan di sambung lagi... esok kena masuk hutan daaa... Saya menjadi trainer untuk program Corporate War Game... perang dalam hutan... serius!
.
Sumber Gambar: Leviton, R. (1995) Brain Builders. NJ: Prentice Hall.
.
ZMS

Wednesday, January 7, 2009

Komen Saudara 'arrantaui' Bagi Topik "Lelaki Bermasalah Membisu... Perempuan Bermasalah Bercakap Tentangnya... "

Benar Dr. Zulkarnain.
Lelaki bila bermasalah, dia suka menyendiri, termenung atau berfikir. Merokok adalah salah satu memenyendirikan diri. Lelaki hanya akan bercerita kepada teman yang sangat rapat atau seorang yang akan berikan dia idea untuk penyelesaian masalah. Lelaki malas nak bercerita masalahnya kerana dia terpaksa berhati-hati dan berfikir cara bagaimana nak bercerita berbanding perempuan yang terus bercakap tanpa merancang bagaimana nak bercerita. Jadi bercerita hanya menambah masalah kepada lelaki!
.
Nabi Muhammad saw sendiri ketika belum menerima wahyu memencilkan diri dalam gua. Beliau runsing dengan keadaan masyarakat tetapi tidak punya kekuatan ntuk merubah masyarakat hinggalah menerima kunjungan Jibril as.

Lelaki=Susun Masalah... Perempuan=Campurkan Masalah

“Otak lelaki boleh menyusun masalah dan biarkannya”
.
“Perempuan mencampurkan masalah-masalah”
.
Cuba anda fikirkan... bagaimana otak lelaki beroperasi, dan sebaliknya, bagaimana otak perempuan beroperasi. Perhatikan lelaki-lelaki di sekeliling anda... lelaki di dalam kehidupan anda. Juga, perhatikan perempuan-perempuan di sekeliling anda... perempuan di dalam kehidupan anda. Juga, tanyakan diri anda sendiri, sebagai lelaki atau perempuan, apa yang anda lakukan ketika bermasalah...
.
Yang ketara ialah lelaki akan terus membisu apabila dihujani masalah (shut off). Perempuan mula membukakan mulut apabila dikunjungi masalah (switch on). Lelaki menyendiri... perempuan mencari orang untuk bercakap.
.
Lelaki yang bermasalah akan mula bercakap secara senyap di dalam diri. Jika masalah kedua datang, lelaki mula menyusun masalah di dalam sudut-sudut otaknya. Jika masalah seterusnya mengunjungi diri lelaki, beliau akan terus menyusun masalah-masalah tersebut dan tindakan seterusnya ialah lelaki akan mencari rakan untuk melakukan aktiviti lain atau duduk di kedai mamak untuk minum 'teh tarik', 'kopi o' sambil menghisap rokok... sekotak... dua kotak di dalam dunianya sendiri... perempuan - biarkan lelaki itu...
.
Perempuan yang bermasalah akan segera mencari seseorang untuk membantunya mendengar dan berbicara tentang masalah. Perempuan bermasalah tidak boleh duduk diam. Jika boleh, pada ketika itu juga ingin membuka mulut dan bercerita tentang masalah. Jika hadir masalah kedua, perempuan menjadi pandai matematik... iaitu mencampurkan masalah pertama dengan masalah kedua. Jika datang lagi masalah-masalah berikutnya, perempuan akan teruskan matematiknya... iaitu mencampur-campurkan segala masalah yang ada... dan terus bercerita, bercerita dan bercerita... bercakap, bercakap dan terus bercakap tentang masalahnya. Tak settle, tak apa! Mereka akan lega bila habis bercakap tentangnya. Lelaki = silalah jadi pendengar setia tanpa cepat-cepat memberikan jawapan kepada masalah itu... dengar dulu, sejam, dua jam, tiga jam... Juga, sebelum saya lupa, lelaki hendaklah bersabar banyak-banyak, kadang-kadang (atau selalu!), anda tidak kena mengena dengan masalah perempuan, tetapi anda terbabit sama... anda kena tempiasnya... sabarlah cik abang sayang... bila beliau habis bercakap, oklah perempuan kesayangan anda!
.
ZMS

Lelaki Bermasalah Membisu... Perempuan Bermasalah Bercakap Tentangnya...

•Otak lelaki terdiri dari ruang-ruang
–Berupaya mengasing dan menyimpan maklumat
–Lelaki melakukan satu tugas pada satu masa
–Pada hari yang banyak masalah, mereka ‘menyimpan’ semua masalah

=Cara otak lelaki beroperasi sebegini menjadikan mereka penyimpan masalah yang terbaik!
=Lelaki selalu kelihatan 'macho' walaupun banyak masalah kerana mereka mampu menyembunyikan masalah di dalam kepalanya tanpa menunjukkan ekspresi muka
=Lelaki yang mempunyai masalah akan mendiamkan diri dan tidak bercakap atau menceritakan masalahnya
=Perempuan yang tahu lelaki mempunyai masalah akan segera bercakap dengan harapan lelaki akan bercerita tentang masalah
=Ini adalah satu kesilapan kerana cara otak lelaki berbeza dengan cara otak perempuan
=Sebenarnya, lelaki tidak suka diganggu ketika bermasalah... saya cadangkan perempuan membiarkan lelaki selama 30 minit atau beberapa ketika agar beliau dapat membincangkan masalahnya dengan cara tersendiri
=Lelaki akan bercakap dengan dirinya di dalam kepala 'otaknya'... bercakap... bertanya pada diri... berteka-teki... berbicara dengan diri sendiri... bercakap-cakap di dalam hati dan minda sendiri...
=Biarkan lelaki yang mempunyai masalah menyendiri
=Lelaki tidak akan mati atau lemas di dalam masalah sendiri. Anda yang akan sakit hati nanti kerana secara amnya lelaki tidak suka membicarakan masalahnya.
=Jika lelaki tersebut menemui jawapan, anda akan dapat lihat beliau akan segera bercakap.
=Pelik tapi benar!
.
•Otak perempuan tidak beroperasi sebegini
–Masalah berpusing-pusing di dalam kepalanya
=Maka, perempuan perlu bercakap atau berkomunikasi bagi melegakan diri dari masalah yang berpusing-pusing di dalam kepalanya. Percakapan mereka bukan bertujuan mencari jawapan kepada masalah, tetapi hanyalah untuk bercakap dan terus bercakap... cakap, cakap, cakap tentang masalah!
=Masalah akan timbul apabila lelaki mendengar perempuan bercakap tentang masalah.
=Lelaki selalunya ingin menjadi mesin penyelesai masalah
=Jika lelaki mendengar perempuan bercerita tentang masalah, mereka akan terus menawarkan jalan penyelesaian kepada masalah tanpa diundang.
=Ini mengundang masalah... perempuan tidak perlukan jawapan segera... yang mereka perlukan ialah mengupas masalah satu per satu, sehelai demi sehelai dengan berhati-hati, jawapan tidak perlu... yang penting setiap inci masalah diperincikan!
.
ZMS

Tuesday, January 6, 2009

Penglihatan Lelaki dan Perempuan

Rajah di bawah adalah penglihatan lelaki dan perempuan. Penglihatan lelaki adalah menumpu atau fokus kepada sesuatu objek. Manakala, penglihatan perempuan adalah mencapah sesuai dengan kejadian mereka sebagai ibu dan struktur otak. Saya akan membincangkan isu ini dengan lanjut di dalam artikel akan datang. Pengetahuan berkaitan isu ini amat penting kerana ianya berkaitan dengan isu keselamatan.
.

.




.


.


.


.

ZMS