•Bandingkan dengan lelaki
–Ini adalah alasan kukuh kenapa lelaki kurang bercakap dan perempuan banyak bercakap
–Komunikasi terbaik
.
•Dengan kawasan spesifik untuk percakapan, budak perempuan
–Belajar bahasa asing dengan cepat dan mudah berbanding budak lelaki
–Budak perempuan lebih baik dalam nahu (grammar) dan ejaan
.
ZMS
Monday, January 5, 2009
PEREMPUAN & PERCAKAPANNYA - 1
•Perempuan:
–Kawasan spesifik di otak – kiri & kanan
–Mereka cekap bercakap
–Mereka menggemarinya & bercakap banyak
–Bila ada kawasan spesifik, bahagian lain pada otak melaksanakan tugas lain
–Ini membolehkannya melakukan pelbagai tugas pada satu masa

MASALAH PERCAKAPAN LELAKI - 6
•Ibu selalu merungut:
–‘Anak lelaki saya tidak boleh bercakap lagi’
–‘Anak lelaki saya tidak boleh bercakap dengan sempurna’
.
•Jika ada kakak, perbezaan percakapan lebih ketara.
–Kakak & ibu selalu bercakap bagi pihak budak lelaki
–Jika ada orang bertanya ‘Apa khabar?’… kakak & ibu akan menjawab ‘Dia…OK’

Sunday, January 4, 2009
Guru O Guru
Puisi Ciptaan Sasterawan Negara Usman Awang
a
Dimasukkan semula hari ini bersempena hari pertama persekolahan anak-anak Malaysia [termasuk anak saya].
a
a
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
a
a
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
a
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
a
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
a
Dimana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
a
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
a
1979
a
Rujukan: DBP (1994). Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bagaimana Kalau...
Puisi Ciptaan Sasterawan Negara Usman Awang
.
BAGAIMANA kalau semua jalan raya ibu kota
dibuat jalan sehala untuk semua motokar
menuju ke bandar,
kemudia tiap jalan masuk ke ibu kota
dibubuh papan tanda besar:
NO ENTRY
kecuali Proton Saga
apakah semua orang membeli motokar
Buatan Malaysia?
.
Bagaimana kalau segala simpang
Tiap jalan raya ibu kota yang malang
termasuk simpang Rumah Perdana
digali beberapa lubang yang dalam
oleh pekerja LLN yang rajin;
Kemudian digali lagi lubang-lubang lain
oleh para pekerja JKR yang lebih rajin;
Datang pula para pekerja Telekom
yang tiga kali lebih rajin menggali lubang lain
Maka malamnya hujan pun turun dengan lebatnya
Tanpa henti tujuh hari tujuh malam lamanya?
.
Bagaimana kalau janakuasa seluruh negara
rosak teruk dengan tiba-tiba
Kemasukan minyak tanah dihentikan
Semua gas Petronas jadi angin
Semua lilin jadi cair
Semua bateri hilang kuasanya
Sedang malamnya nanti jamuan besar pengantin
di rumah baru Perdana Menteri?
.
Bagaimana kalau semua fail dan rekod
di pejabat Cukai Pendapatan tiba-tiba padam
semua angka pendapatan,
kecuali fail para tauke besar dan
fail para menteri dan M.P yang
banyak perusahaan dan perdagangan
yang namanya disamarkan?
.
Bagaimana kalau pada suatu saat
Ketika menjalankan tugas yang maha berat
Untuk segala keturunan dan zuriat
Pak Mudim tersilap letakkan mata pisau
Terpangkas sampai ke pangkal...
Tercapaikah impian Perdana Menteri meningkatkan
Penduduk Malaysia sebanyak 70 juta?
.
Bagaimana kalau YB Menteri berkenaan
Berucap di Parlimen membentangkan projek negara
Tiba-tiba sakit perut memulas-mulas
lalu tergesa mencari tempat 'melepas'
Tapi malangnya semua tandas penuh sesak
Dicangkungi oleh YB ahli-ahli pihak pembangkang?
.
1979/1984
.
Sumber: DBP (1994). Puisi-puisi Pilihan Sasterawan Negara Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
.
Nota: LLN - Lembaga Letrik Negara = Sekarang Tenaga Nasional.

MASALAH PERCAKAPAN LELAKI - 5
•Budak lelaki selalu
–Tidak bercakap dengan jelas
–‘um’, ‘uh’, ‘ye lah’ semasa bercakap
.
•Bila lelaki menonton TV, perlawanan bolasepak
–Percakapan hanyalah ‘bagi chips tu’, ‘ada air lagi tak?’
- Suasana senyap sunyi terutamanya apabila pemain sedang mengatur strategi untuk menjaringkan gol
- Akan bersorak dan berpelukan atau bertepuk tangan dengan orang sebelah walaupun tidak dikenali

MASALAH PERCAKAPAN LELAKI - 4
•Lihat komen sukan di TV:
.
–Ahli sukan wanita boleh menceritakan perlawanan dengan tepat dan bercerita dengan lancar.
.
–Ahli sukan lelaki bercakap sedikit, hanya menjawab soalan, mulut mereka seakan-akan tidak terbuka.
.
ZMS
.
–Ahli sukan wanita boleh menceritakan perlawanan dengan tepat dan bercerita dengan lancar.
.
–Ahli sukan lelaki bercakap sedikit, hanya menjawab soalan, mulut mereka seakan-akan tidak terbuka.
.
ZMS
Subscribe to:
Posts (Atom)