Saturday, January 3, 2009

Persepsi: Lelaki Di Tampar Perempuan

Sekiranya seorang lelaki ditampar @ ditempeleng oleh pasangannya (seorang perempuan) di khalayak ramai sebagai contohnya di lobi Mid-Valley Megamall, ramai orang yang menyaksikannya akan berpendapat lelaki itu bersalah. Persepsi masyarakat ini telah wujud di dalam diri ramai di kalangan kita. Lelaki diharapkan menjadi seorang bertanggungjawab dan ketua keluarga. Maka, jangkaan yang tinggi diletakkan kepada mereka. Manakala, perempuan sebagai ibu yang begitu perihatin kepada ahli keluarga dijangkakan bersikap lemah lembut. Apabila, kita menyaksikan insiden menampar lelaki tersebut, ramai akan berkata atau terfikir, lelaki tersebut telah melakukan sesuatu yang salah sehinggakan perempuan tersebut menamparnya.
.
Mana kita tahu sebab-sebabnya? Hanya mereka berdua yang tahu. Mungkin lelaki tersebut tidak bersalah. Hanya keadaan dan emosi menyebabkan beliau di tampar. Apa yang ingin saya bawakan di sini ialah persepsi masyarakat terhadap insiden sebegini yang lebih menyebelahi perempuan.
ZMS

Friday, January 2, 2009

Lelaki Oh Lelaki... Perempuan Oh Perempuan...

Ramai yang beranggapan bahawa lelaki dan perempuan adalah sama dan serupa. 100% serupa. Akibatnya, mereka menjangkakan lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran yang sama, sikap dan potensi yang serupa. Dengan itu, kita sering menyaksikan perselisihan faham yang tidak sepatutnya berlaku.
.
Masalah pokok di dalam sesebuah perhubungan lelaki dan perempuan ialah kita berbeza. Lelaki begini, perempuan begitu. Mereka melakukan perkara yang sama tetapi dengan cara yang berbeza. Jangan salah anggap dengan apa yang saya katakan. Walaupun saya lelaki, saya tidak mengatakan lelaki adalah bagus ataupun perempuan adalah bagus. Yang penting di sini ialah tiada siapa (lelaki atau perempuan) yang baik atau buruk - kita berbeza!
.
Ramai di kalangan kita tidak memahami perbezaan lelaki dan perempuan. Masing-masing menganggap pasangan atau jantina yang berbeza harus melakukan sesuatu seperti mereka, tetapi, hasilnya menghampakan. Saintis, ahli politik, ahli perniagaan, pekerja, suri rumah, akauntan, jurutera dan lain-lain perlu faham dan menggunakan ilmu ini di dalam kehidupan agar segala tindakan atau polisi mengambil kira perbezaan di antara lelaki dan perempuan.
.
Secara sinis boleh saya katakan lelaki dan perempuan adalah 'spesis dari dua planet yang berbeza'... 'planet asal mereka memang jauh sekali'... Disebabkan planet mereka jauh berbeza, mereka mempunyai kepercayaan dan nilai-nilai berbeza, dan juga undang-undang dan peraturan yang berbeza. Apabila duduk berbincang, lelaki dan perempuan sering bertelagah tentang pendapat pasangannya yang kononnya tidak sehebat pandangan dirinya. Kelakuan, sikap dan kepercayaan yang berbeza di antara kedua-dua spesis ini juga mengundang perselisihan.
.
Lelaki sering mendominasi tv 'remote control' dan sering menukar-nukar siaran terutamanya ketika iklan. Lihat pula kepada perempuan, mereka setia dan sabar melihat iklan-iklan di tv walaupun kadang-kadang lelaki begitu teruja untuk menegur perempuan agar menukar siaran atau rancangan pada ketika itu. Perempuan boleh berpegang tangan dan mengusap-usap tangan rakan perempuan di depan khalayak ramai. Tetapi, lelaki yang memegang dan mengusap-usap tangan rakan lelakinya akan dipandang serong oleh masyarakat. Semua orang yang lalu-lalang di kawasan tersebut akan melihat pasangan 'janggal' yang saling 'meraba' sesama sendiri. Silap haribulan lelaki-lelaki itu akan di ceramah oleh Pak Aji yang menyaksikannya. Lelaki yang memegang tangan sambil mengusap tangan lelaki yang tidak mesra dengannya mungkin di tumbuk atau dimaki disebabkan kelakuan yang tidak 'senonoh' itu. Meremang bulu roma saya jika rakan lelaki saya bersalaman dan meletakkan pipinya ke pipi saya... pipi kiri, pipi kanan... tak cukup lagi pipi kiri semula sambil berkata 'muah...muah...'. Tetapi, amalan bersalaman sambil meletakkan pipi kiri, kanan, kiri adalah sesuatu kebiasaan dan menunjukkan kemesraan di kalangan perempuan.
.
Lelaki mampu membaca peta dengan pantas dan menggambarkan di dalam kepala otaknya tentang perjalanan yang dirancang. Jangan dipaksa perempuan membaca peta dengan segera, nescaya perempuan yang petah dan rancak bercakap akan terdiam serta merta dan mula merenung dalam-dalam ke dalam peta. Perempuan mula memusingkan peta ke kiri, kanan, atas dan bawah agar jalan pada peta selari dengan jalan yang di tuju. Jika lelaki terus mendesak, langkah yang selalu dibuat ialah perempuan akan kata 'baca sendiri!', dan jika angin mereka memuncak, peta itu akan dicampakkan kepada anda atau muka anda.
.
Lelaki sering duduk berdiam diri apabila bermasalah. Lelaki bercakap-cakap kepada diri sendiri di dalam hati / kepalanya. Apabila telah menemui jawapan, barulah beliau bercakap. Pelik! Sebaliknya, perempuan akan sering bercakap tentang masalah mahupun idea. Mereka akan sering mencari pasangan atau rakan untuk bercerita tentang masalah. Berhati-hati! Perempuan bercerita tentang masalah yang dihadapi dengan harapan lelaki bercerita bukan menyelesaikannya. Cerita tau! Walapun tidak dapat menyelesaikannya, dengan bercerita panjang lebar tentang masalah yang dihadapi, perempuan akan lega! Cerita tentang masalah bukan seperti lelaki menyelesaikan masalah baru lega. Lelaki tidak faham tentang perkara ini. Jika perempuan bercerita tentang masalah, lelaki cepat-cepat memberi jawapan kepada masalah. Silap la tu... Perempuan akan suka jika masalah itu diceritakan dan dibesar-besarkan... meningkat naik dan tiada jawapan pun tidak mengapa.
.
Dan, banyak lagi situasi-situasi mencuit hati atau menyakitkan hati hasil dari perbezaan lelaki dan perempuan. Nantikan penulisan saya seterusnya.
.
Namun, apakah yang menyebabkan lelaki berbeza dengan perempuan? Tidak lain, tidak bukan ialah pendawaian dan struktur bina otak mereka. Hormon yang ada di dalam diri lelaki dan perempuan juga berbeza. Tunggu!!!!
.
ZMS

Kenyataan Tentang Lelaki dan Perempuan

Banyak perhubungan mahupun ikatan di antara lelaki dan perempuan menghadapi masalah akibat dari lelaki masih tidak memahami mengapa perempuan masih tidak seperti mereka walaupun perhubungan telah menjangkau beberapa bulan, tahun atau dekad (10 tahun atau lebih), dan perempuan menjangkakan lelaki-lelaki mereka harus bersikap seperti mereka.
.
Setelah saya menulis beberapa artikel berkaitan lelaki dan perempuan, banyak maklumbalas saya terima. Ada yang e-mail terus, sms, berhubung melalui YM/Facebook dan pelbagai cara bagi menyatakan saya harus terus menulis tentang topik ini. Ramai yang ingin memahami kenapa/mengapa/bagaimana/apa-apa tentang lelaki dan perempuan yang mereka sayangi dan cintai. Ramai yang ingin tahu lebih lanjut tentang kelakuan orang yang disayangi ini. Ada yang berkata mereka selalu berselisih faham tentang perkara-perkara kecil. Contohnya, 'cik abang saya selalu hilang barang-barang dia. Kejap stokin hilang, kejap lagi kunci pula hilang, semuanya hilang... cari barangpun tak pakai mata, benda depan mata pun tak nampak'. Betullah tu. Itu memang lelaki namanya. Lagi berumur, lagi banyak barang yang hilang. Ada yang email saya dan kata 'setiap hari saya kena cari barang-barang suami saya... hilang memanjang'. Sabar kak... kalau tak hilang nanti, akak boring pula. Memang sudah hobi perempuan untuk bercakap ... 20,000 perkataan sehari, kalau tak hilang barang, bila pula nak habis kuota perkataan itu. Cik abang pun boring juga nanti sebab lama tak dengar suara perempuan kesayangannya.
.
Ikutilah artikel-artikel saya akan datang berkenaan lelaki dan perempuan. Sebar-sebarkanlah maklumat blog ini kepada rakan dan kenalan agar mereka dapat manafaat darinya.
ZMS

Komen Oleh 'skyhigh' Bagi Artikel 'Dilema Lelaki dan Perempuan Moden'

Contoh di pasaraya:Perempuan lebih gemar round satu pasaraya untuk melihat-lihat barangan walaupun barang yang hendak dicari sedikit sahaja. Akhirnya terbeli juga barang yang tak perlu tetapi kelihatan menarik pada pandangan perempuan. Mereka lebih arif dengan promosi barang baru dan harga diskaun. Lelaki lebih suka terus pergi ke tempat barangan yang hendak dicari... bayar... dan keluar. Lelaki juga lebih setia dengan sesuatu jenama produk kerana kebiasaan menggunakannya.- Lelaki lebih fokus. Perempuan lebih suka untuk mengetahui pelbagai perkara.- Kelebihan wanita ini banyak digunakan oleh peniaga pasaraya, pembuat iklan dan pengusaha barangan untuk melariskan jualan.

Komen Balas
Hebat u ni skyhigh. Saya belum sempat buat artikel seterusnya, saudara skyhigh sudah beri ulasan panjang lebar. Memang betul perempuan gemar ber 'shopping'. Bukan satu tabiat buruk, tetapi, secara amnya inilah yang digemari oleh perempuan. Pengkaji-pengkaji menyatakan hobi shopping ini datangnya dari struktur otak mereka. Maka, sekiranya perempuan 'boring', 'tension' dan lain-lain, mereka seharusnya pergi 'shopping' atau 'window shopping'. Segala yang terbuku di hati akan keluar. Perempuan akan lega dan tenang dengan melakukan aktiviti ini.
.
Jika perempuan ke KLCC, mereka boleh/mampu/suka/ gemar/berbahagia memasuki setiap kedai di setiap tingkat, dari atas hingga ke bawah. Jika ditanya berapa banyak yang mereka dapat angkut dari kedai-kedai tersebut? Tak banyak... satu batang pen aje! Namun, perempuan akan merasa puas dan lega. Kepada lelaki, janganlah tension sangat dengat hobi perempuan anda ini. Jika mereka hendak pergi shopping dan mengajak anda, turutkan sahaja. Tetapi bila sampai di KLCC, anda pergi la rilek-rilek di kedai minuman dan makanan. Kalau boring, call kawan-kawan lelaki seperjuangan. Berilah mereka peluang menikmati kehidupan.

Untuk perempuan pula; sememangnya kajian telah menunjukkan lelaki (secara purata) tidak gemar membuat lawatan rasmi atau tidak rasmi ke setiap kedai yang perempuan suka. Namun, demi menjaga hati, mereka turutkan juga, walaupun, raut wajahnya menunjukkan tahap 'boring' yang maksimum. Bila bercakap pun macam nak tak nak je. Perempuan pun mula naik angin, dan berkata 'dulu masa bercinta, semua boleh! semua shopping complex ikut. Sekarang buat muka boring plak'. Seperti yang saya telah tulis, disebabkan hormon, ramai lelaki excited dan menunjukkan penumpuan yang lebih semasa bercinta. Maka, 'ke lautan api... kurenangi'. Masa bercinta, anda minta apa pun, lelaki akan penuhi. Jika lelaki buat muka boring, memang benar mereka tidak suka melawat setiap kedai yang anda suka. Untuk menyelesaikan masalah, suruhlah mereka ke kedai minuman/makanan atau kedai yang mereka gemar. Komen Skyhigh memang tepat iaitu lelaki akan ke kedai yang telah disasarkan, membeli dan terus pulang. Memang lelaki tidak meriah! Tetapi, inilah lelaki anda!
ZMS

Thursday, January 1, 2009

OTAK & HORMON

•Kajian oleh Royal Edinburgh Hospital, UK
–Hubungan seks 3X seminggu
–Lebih muda 10 tahun
.
ZMS

Otak: KEMAHIRAN PEREMPUAN Vs LELAKI

•Perempuan – kemahiran mengesan yang cekap berbanding lelaki
–Mengesan perkara kecil
–Mengesan perubahan zahir
–Mengesan perubahan sikap / kelakuan
.
•Ibu yang mengandung dan melindungi bayi – perlukan kemahiran mengesan perubahan kecil pada bayi:
–Sakit
–Lapar, cedera dan lain-lain

•Lelaki – mencari rezeki & sentiasa di luar rumah:
–Tiada peluang mempelajari kemahiran yang perempuan ada.
.
•Kajian di Universiti Pennsylvania – guna ujian pengimbas otak:
–Apabila otak lelaki berehat – 70% aktiviti berhenti
–Otak wanita – 90% aktiviti masih aktif ketika tidur. <...Tahukah anda, apakah implikasinya? Tunggu! Kemudian citer...>
.
ZMS

Otak Manusia: Perbezaan Kelakuan Lelaki dan Perempuan

Masih sangsi bahawa otak, sistem pendawaian dan aksesori yang ada pada lelaki dan perempuan adalah berbeza? Percayalah... lelaki dan perempuan memang berbeza. Kita melakukan sesuatu yang sama tetapi dengan cara yang berbeza. Anda perlu dan kena faham perbezaan ini bagi mengelakkan perselisihan faham dari terus berlaku. Lelaki tidak boleh melakukan pelbagai perkara serentak, maka, sebab itulah lelaki menjadi 'pekak' apabila menonton TV (terutamanya apabila menonton program kegemarannya sendirian). Dan, perempuan menjadi alat pelbagai guna, di mana semasa menonton TV, perempuan boleh memakan kacang sambil bercakap dan mampu mendengar orang lain mengumpat tentang dirinya. Wah! Hebat betul perempuan-perempuan kita ni... Inilah keajaiban dan kehebatan ciptaan tuhan. Mengapa? Lelaki dan perempuan dijadikan berbeza kerana tuhan telah menentukan setiap dari kita ada fungsinya. Kejadian asal lelaki adalah untuk menjadi ketua keluarga yang akan keluar memburu dan mencari nafkah untuk dibawa pulang. Maka, aksesori dirinyanya mestilah seiring dengan tugasnya. Hendak menangkap binatang buruan atau hendak ke medan perang haruslah fokus! Mangsa haruslah diperhatikan tanpa gangguan. Manakala, perempuan dijadikan sebagai ibu yang menjaga anaknya dari sebarang ancaman dan bahaya. Tiada seekor nyamuk atau lain-lain ancaman yang boleh menghampiri anaknya. Perempuan harus peka kepada setiap perubahan persekitarannya. Oleh itu, otak dan lain-lain struktur badan haruslah seiring dengan keperluan kejadian lelaki dan perempuan.
-
Perhatikan, lelaki yang keluar memancing akan merasa puas dengan menunggu ikan memakan umpannya selama berjam-jam lamanya dengan tidak berkata-kata. Sebaliknya, perempuan yang menemani pasangannya memancing (terutamanya jika kali pertama) akan merasa bosan kerana sering ditegur dari bercakap yang kononnya akan menggangu ikan dari memakan umpannya. Di dalam situasi lain, lelaki yang menonton bolasepak bersama rakannya akan duduk diam sambil mengunyah kacang (kunyahan makin laju jika bola digelecek dan ditendang kencang) dan hanya menjerit 'gol' apabila jaringan dilakukan. Sesekali mereka bercakap meminta air dan kacang. Berbanding perempuan yang duduk bersama ibu mertua dan ahli keluarga perempuan yang lain, jika mereka semua senyap dan tidak berkata-kata, maka, sudah pasti perang dunia atau masalah besar sedang berlaku!
-
Satu kajian yang dilakukan di Harvard University telah membuktikan bahawa kita berkelakuan berbeza terhadap bayi lelaki berbanding bayi perempuan. Bahkan, perkataan yang digunakan terhadap bayi lelaki dan perempuan juga adalah berbeza. Perkataan-perkataan yang lembut dan lebih menggambarkan perempuan digunakan ketika berkomunikasi atau menggambarkan bayi perempuan. Antaranya, 'cantiknya', 'manisnya' dan pelbagai perkataan lain bersesuaian dengan perempuan. Manakala, bagi bayi lelaki, kita menggunakan perkataan yang bersesuaian dengan kelelakiannya seperti 'gagah', 'big boy', 'anak teruna' dan lain-lain. Juga, hadiah yang diberikan untuk bayi yang baru dilahirkan atau ketika harijadi mereka juga berbeza. Bayi perempuan akan dihadiahkan pakaian dengan warna bersesuaian dan mainan seperti anak patung Barbie atau 'bear doll' diberikan. Berbanding bayi lelaki, warna-warna yang lebih garang dan mainan seperti pistol, senapang, Ben 10, Spiderman yang bersesuaian dengan kejadiannya sebagai lelaki diberikan.
-
Apabila bayi-bayi ini membesar, kelakuan mereka berbeza bersesuaian dengan jantina mereka. Kanak-kanak perempuan petah dan mampu bercakap awal berbanding kanak-kanak lelaki. Mengapa? Otak kiri kanak-kanak perempuan berkembang lebih pantas berbanding otak kanan mereka. Maka, mereka petah bercakap (otak kiri berfungsi untuk percakapan / perkataan) dan cekap bercakap seawal umur 2 atau 1 1/2 tahun. Jika anda berkomunikasi dengan kanak-kanak perempuan, mereka boleh bercerita dengan lengkap dan menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa dengan jelas. Anda akan mendapati perbezaan yang ketara apabila anda berkomunikasi dengan kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak lelaki mula bercakap dengan sempurna pada usia yang agak lambat. Tidak mustahil kanak-kanak lelaki bercakap dengan sempurna pada usia 5 tahun. Sekali lagi, mengapa keadaan begini boleh terjadi? Perkembangan otak kanan kanak-kanak lelaki lebih pantas berbanding otak kiri. Perhatikan kanak-kanak lelaki. Mereka bermain di suatu sudut dan permainan mereka tidak melibatkan percakapan. Apabila ditanya 'sudah makan', jawapan yang diberikan juga ringkas. Sepatah atau dua patah perkataan sahaja. Sejak kecil lagi kanak-kanak lelaki tidak berapa cekap bercakap berbanding kanak-kanak perempuan. Apabila dewasa, lelaki kurang dan tidak cekap bercakap berbanding dengan perempuan. Lelaki akan sering tewas apabila bertengkar dengan perempuan kerana perempuan cekap menggunakan perbendaharaan kata yang telah dikumpul sekian lama.
-
Disebabkan perempuan mempunyai pendawaian yang lebih hebat (corpus collosum 30% lebih tebal) berbanding lelaki, otak kiri dan kanan mereka dihubungkan dengan baik. Otak kiri berfungsi untuk percakapan dan otak kanan berfungsi untuk kreativiti dan seni. Perempuan bukan sahaja petah dan cekap bercakap, perkataan yang digunakan hebat dan berseni. Maka, di dalam sesetengah keadaan, pertengkaran lelaki dan perempuan akan menjadi lebih agresif. Perempuan menggunakan pelbagai perkataan lengkap dengan seninya, tetapi, lelaki yang gagal mematahkan setiap perkataan perempuan akan naik berang dan menjadi agresif, dan mula melakukan keganasan seperti menampar dan memukul. Nasihat saya ialah berhati-hati dengan kehebatan anda. Gunakan dengan cara yang terbaik!
-
ZMS